KULIAH KITAB MENUNTUT ILMU JALAN MENUJU SYURGA – Siri 1 MUKADDIMAH - Dari Ibnu Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Dua nikmat yang banyak manusia tertipu dengan kedua-duanya, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang. (HR Bukhari) - Seorang Muslim tidak akan boleh melaksanakan agamanya dengan benar, kecuali belajar Islam yang benar dari Al-Qur’an dan As-Sunnah menurut pemahaman Salafus-Soleh. - Firman Allah SWT:, yang bermaksud: Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk (iaitu ilmu yang bermanafaat) dan agama yang hak (iaitu. amal soleh) agar dimenangkanNya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi. (QS Al-Fath : 28) - Dari Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Menuntut ilmu syar’i itu wajib bagi setiap muslim. (HR. Ibnu Majah) - Dari Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu, maka Allah memudahkan jalannya menuju Syurga. Sesungguhnya Malaikat akan meletakkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Ssungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulamak itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka sungguh ia telah mendapat bahagian yang banyak. (HR. Ahmad) - Dari Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila kalian berjalan melalui taman-taman Syurga, perbanyakkanlah berzikir. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan taman-taman Syurga itu? Beliau SAW menjawab: Iaitu halaqah-halaqah zikir ( majlis ilmu). (HR At-Termizi) - Majlis ilmu yang dimaksudkan di sini ialah majlis yang didalamnya diajarkan tentang tauhid, aqidah yang benar menurut pemahaman Salafus-Soleh, ibadah yang sesuai Sunnah Nabi SAW, muamalah, dan lainnya. BAB 1 – PENGERTIAN ILMU SYAR’I - Ilmu itu lebih jelas dari apa yang diketahui. Ilmu Syar’i bermaksud ilmu yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya berupa keterangan dan petunjuk. Maka ilmu yang didalamnya terkandung pujian dan sanjungan adalah ilmu wahyu, iaitu ilmu yang diturunkan oleh Allah sahaja. - Dari Muawiyyah bin Abu Sufian RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, Dia akan menjadikannya faham tentang agamanya. Sesungguhnya aku hanyalah menyampaikan dan Allahlah yang memberi. Dan umat ini akan sentiasa tegak di atas perintah Allah SWT, tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang menyelisihi mereka hingga datangnya keputusan Allah (hari Kiamat). (HR. Bukhari)

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr