WAJIB MENJAGA DAN MEMELIHARA JANGAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM (Daripada kitab Mustika Hadith Terbitan Jabatan Perdana Menteri - Jilid yang pertama) PERKARA YANG MENYEBABKAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya Iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian Pertama - Iktikad Bahagian Kedua - Perkataan Perkataan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan nama-nama Allah, sifat-sifatNya, malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, kitab-kitabNya, ayat-ayatNya dan hukum-hukumNya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasulNya. Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama’ mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr