BAHAYA! TABIAT MEMBUANG MASA
BAHAYA! TABIAT MEMBUANG MASA ===================================== Mazlan Muslim, Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung kepada kita untuk melayarinya". Setiap insane mempunyai jumlah waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam sehari nya. Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai "proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali, kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita untuk mencapai kejayaan menurun. Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang masa ini: MATLAMAT DIKECILKAN Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat besar dan tidak kesampaian! Apa yang anda harus lakukan ...