Kelebihan Ayat-ayat Al-Quran Al-Karim
1. Surah al-Kahfi Sabda Rasulullah SAW artinya: "Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada harinya nescaya diberi akan dia nur daripada tempat membaca akan dia hingga ke negeri Mekah dan diampuni baginya dosa daripada 1 Jumaat yang lain dan dilebih daripadanya 3 hari dan mengucap selawat yakni meminta ampun baginya oleh 70,000 malaikat hingga waktu subuh dan disembuhkan akan dia daripada segala penyakit dan daripada penyakit luka yang didalam perut atau penyakit yang sangat panas di dalam perut atau di dalam hati dan disembuhkan daripada penyakit yang di dalam lambung dan daripada penyakit sopak dan dilepaskan daripada fitnah ad-dajjal dan barangsiapa tiada hafaz akan segala surah yang tersebut itu maka hendaklah membanyakkan membaca Surah Al-Ikhlas kerana kelebihannya membaca Surah Al-Ikhlas itu iaitu amat besar seperti yang tersebut di dalam Hadith Nabi Muhammad SAW: Artinya: "Barangsiapa membaca Qulhu Allahu Ahad 50 kali nescaya diangkatkan baginya 50,...