Dari Kitab Tanbighul Ghafilin bagi Abu Laits As-Samarqandi. Di muka surat terakhir kitab tersebut.
Ini satu pemindahan dari bab amalan Doa dan beberapa tasbih. Daripada Hasan bin Ali R.A. Sesungguhnya Hasan bin Ali menjamin bagi siapa yang membaca 20 ayat ini, akan terselamat daripada kejahatan Syaitan yang Jahat dan Sultan yang Zalim dan Pencuri yang melampau dan Binatang buas yang memberi mudharat. Bahawa tidak akan memberi mudharat barang tersebut. Inilah ayat2nya :
1. Ayatul Kursi
2. Surah Al-A’raf (54-56)
3. Surah As-Shoffat (1-10)
4. Surah Ar-Rahman (33-35)
5. Surah Al-Hasyr (22-24)
Diamalkan sesudah solat Subuh dan Maghrib 1 kali dan ketika hendak keluar rumah kerana ada sesuatu urusan.
INSYAALLAHU TAALA….
Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif
Inilah khasiat fadhilat Doa Haikal yakni 7 doa drp no. 1 sampai no. 7 & sampai "Qul a'uuzubirabbinnaas" bahawasanya adalah diriwayatkan oleh Nabi kita Muhammad SAW pd suatu hari sedang Nabi kita SAW duduk di dalam Masjid Madinah maka Jibrail AS pun datang membawa firman ujarnya, "Ya Rasulullah SAW salam Allah SWT pd tuan hamba & firmannya, 'Hai kekasihku adapun doa ini yakni 7 doa ini dihantarkan Tuhan pd tuan hamba maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini kafirlah ia & barangsiapa membaca dia atau menyimpan dia maka Allah SWT melepaskan dia & ibubapanya drpd api neraka ya Muhammad barangsiapa menaruh doa ini di dlm rumahnya maka tiada boleh masuk jin & syaitan ke dlm rumahnya itu ya Muhammad barangsiapa suratkan doa ini & dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah ia drpd azab sengsara & wabak & duduk itu dlm aman & lagi barangsiapa menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang & termulialah ia pd orang banyak &...
Comments