Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Zat yang Maha Tinggi, wahai Zat yang Maha Agung, wahai Zat yang Maha Penyantun, wahai Zat yang Maha Mengetahui, Engkaulah Tuhanku & liputan pengetahuanMu itu cukup bagiku, oleh itu sebaik-baik tuhan adalah Tuhanku, & sebaik-baik kecukupan adalah kecukupanku, Engkau menolong sesiapa yg Enngkau kehendaki & hanya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengasih. Kami memohon kpd Engkau pemeliharaan di dlm setiap gerak-geri & diam kami, setiap lontaran kalimat, kehendak & lintasan2 (hati) kami drpd sebarang keraguan & sangkaan serta perasaan yg menutup kalbu dari menyaksikan rahsia2 ghaibMu. {Maka benar2 diuji orang2 mukmin itu & perasaan mereka digoncang dengan goncangan yg hebat. Dan ingatlah ketika orang2 munafik & orang2 yg di dalam hati mereka ada penyakit berkata: "Tiada dijanjikan kita ini oleh Allah & RasulNya melainkan tipuan belaka."} Quran 33: 11~12.
Maka tetapkanlah pendirian kami & tolonglah kami serta tundukkanlah bagi kami laut ini seperti yg Engkau telah tundukkan laut (Laut Merah) bagi Nabi Musa, Engkau tundukkan api bagi Nabi Ibrahim, Engkau tundukkan gunung-ganang & besi bagi Nabi Daud & Engkau tundukkan angin, syaitan2 & jin bagi Nabi Sulaiman. Dan tundukkanlah bagi kami semua lautan milikMu di bumi ini & di langit, di alam mulk & alam malakut serta lautan dunia & lautan akhirat. Dan tundukkanlah setiap sesuatu bagi kami, wahai Zat yg di tanganNya kerajaan segala-galanya. Kaf ha yaa 'ain shad (hanya Allah SWT yg Maha Mengetahui maksudnya).
Tolonglah kami (ya Allah SWT) kerana hanya Engkaulah sebaik-baik Penolong. Bukakanlah pintu kemenangan bagi kami kerana hanya Engkaulah sebaik-baik Pembuka kemenangan itu. Ampunkanlah bagi kami kerana hanya Engkaulah sebaik-baik Pengampun. Belas kasihanilah kami kerana hanya Engkaulah sebaik-baik Pengasih.
- Hizbul Bahr, Imam Abu Hassan Asy-Syadhili.
Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif
Inilah khasiat fadhilat Doa Haikal yakni 7 doa drp no. 1 sampai no. 7 & sampai "Qul a'uuzubirabbinnaas" bahawasanya adalah diriwayatkan oleh Nabi kita Muhammad SAW pd suatu hari sedang Nabi kita SAW duduk di dalam Masjid Madinah maka Jibrail AS pun datang membawa firman ujarnya, "Ya Rasulullah SAW salam Allah SWT pd tuan hamba & firmannya, 'Hai kekasihku adapun doa ini yakni 7 doa ini dihantarkan Tuhan pd tuan hamba maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini kafirlah ia & barangsiapa membaca dia atau menyimpan dia maka Allah SWT melepaskan dia & ibubapanya drpd api neraka ya Muhammad barangsiapa menaruh doa ini di dlm rumahnya maka tiada boleh masuk jin & syaitan ke dlm rumahnya itu ya Muhammad barangsiapa suratkan doa ini & dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah ia drpd azab sengsara & wabak & duduk itu dlm aman & lagi barangsiapa menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang & termulialah ia pd orang banyak &...
Comments