Selawat Munjiyyah adalah salah satu darinya akan lebih mudah dimakbulkan Allah SWT.
Ertinya:
"Ya Allah, selawat sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat berselawat keatasnya akan menyelamatkan kami daripada seluruh kesukaran dan kebinasaan dan menyempurnakan semua hajat kami,juga membersihkan dengannya daripada semua kejahatan dan mengangkat kami dengannya di sisi-Mu setinggi darjat dan membolehkan kami mencapai tinggi matlamat semua kebajikan ketika hidup juga selepas mati. Selawat sejahtera juga keatas keluarga, sahabat baginda dan kesejahteraan yang banyak kepada mereka semua dengan rahmat-Mu wahai Allah SWT, Tuhan yang Maha Mengasihani daripada segala yang mengasihani.
Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif
Inilah khasiat fadhilat Doa Haikal yakni 7 doa drp no. 1 sampai no. 7 & sampai "Qul a'uuzubirabbinnaas" bahawasanya adalah diriwayatkan oleh Nabi kita Muhammad SAW pd suatu hari sedang Nabi kita SAW duduk di dalam Masjid Madinah maka Jibrail AS pun datang membawa firman ujarnya, "Ya Rasulullah SAW salam Allah SWT pd tuan hamba & firmannya, 'Hai kekasihku adapun doa ini yakni 7 doa ini dihantarkan Tuhan pd tuan hamba maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini kafirlah ia & barangsiapa membaca dia atau menyimpan dia maka Allah SWT melepaskan dia & ibubapanya drpd api neraka ya Muhammad barangsiapa menaruh doa ini di dlm rumahnya maka tiada boleh masuk jin & syaitan ke dlm rumahnya itu ya Muhammad barangsiapa suratkan doa ini & dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah ia drpd azab sengsara & wabak & duduk itu dlm aman & lagi barangsiapa menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang & termulialah ia pd orang banyak &...
Comments