Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah. Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Quran, Ar-Ra’d 13:28) Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud r.a. dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut kemusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.”
Abdullah ibn Masud r.a. telah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang sedang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.” Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Al-Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.
Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif
Inilah khasiat fadhilat Doa Haikal yakni 7 doa drp no. 1 sampai no. 7 & sampai "Qul a'uuzubirabbinnaas" bahawasanya adalah diriwayatkan oleh Nabi kita Muhammad SAW pd suatu hari sedang Nabi kita SAW duduk di dalam Masjid Madinah maka Jibrail AS pun datang membawa firman ujarnya, "Ya Rasulullah SAW salam Allah SWT pd tuan hamba & firmannya, 'Hai kekasihku adapun doa ini yakni 7 doa ini dihantarkan Tuhan pd tuan hamba maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini kafirlah ia & barangsiapa membaca dia atau menyimpan dia maka Allah SWT melepaskan dia & ibubapanya drpd api neraka ya Muhammad barangsiapa menaruh doa ini di dlm rumahnya maka tiada boleh masuk jin & syaitan ke dlm rumahnya itu ya Muhammad barangsiapa suratkan doa ini & dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah ia drpd azab sengsara & wabak & duduk itu dlm aman & lagi barangsiapa menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang & termulialah ia pd orang banyak &...
Comments