Di dalam satu hadis dilaporkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w ada bersabda:
"Barang siapa yang di dapati padanya empat perkara,nescaya ia akan memperolehi segala kebaikan di dunia dan di akhirat.
(1)Pertama,lidah yang senantiasa basah dengan berzikir.
(2) Kedua,hati yang senantiasa sibuk dengan bersyukur.
(3) Ketiga,anggota-anggota tubuh yang senantiasa menahan segala penderitaan.
(4) Keempat,isteri yang tidak mengkhianati maruahnya dan harta benda suaminya."
Mengkhianati maruah maknanya mengerjakan sesuatu kemaksiatan.Lidah yang basah maksudnya telah pun diterangkan oleh ulama-ulama sebagai membanyakkan.Ini adalah merupakan simpulan bahasa,menurut kebiasaan,apakala seseorang memuji atau menyebut nama seseorang yang lain dengan sebanyak-banyaknya,maka dikatakan bahawa lidah sifulan telah dibasahi dengan memuji sianu.
Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif
Inilah khasiat fadhilat Doa Haikal yakni 7 doa drp no. 1 sampai no. 7 & sampai "Qul a'uuzubirabbinnaas" bahawasanya adalah diriwayatkan oleh Nabi kita Muhammad SAW pd suatu hari sedang Nabi kita SAW duduk di dalam Masjid Madinah maka Jibrail AS pun datang membawa firman ujarnya, "Ya Rasulullah SAW salam Allah SWT pd tuan hamba & firmannya, 'Hai kekasihku adapun doa ini yakni 7 doa ini dihantarkan Tuhan pd tuan hamba maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini kafirlah ia & barangsiapa membaca dia atau menyimpan dia maka Allah SWT melepaskan dia & ibubapanya drpd api neraka ya Muhammad barangsiapa menaruh doa ini di dlm rumahnya maka tiada boleh masuk jin & syaitan ke dlm rumahnya itu ya Muhammad barangsiapa suratkan doa ini & dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah ia drpd azab sengsara & wabak & duduk itu dlm aman & lagi barangsiapa menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang & termulialah ia pd orang banyak &...
Comments