Imam Al-Ghazali menyatakan, tujuan untuk memperbaiki akhlak adalah untuk membersihkan kalbu (jiwa) daripada kotoran-kotoran hawa nafsu menjadikan amanah hingga ia jernih bagaikan cermin yang dapat menerima cahaya Tuhan. Kalau seseorang itu tidak mengetahui jiwanya sendiri yang paling dekat pada dirinya, apa gunanya dia menuntut berbagai-bagai ilmu pengetahuan itu. Kebahagiaan yang dicari banyak terletak kepada jiwa seseorang. Jiwa orang yang beriman dan bertakwa akan mudah dan merasa nikmat kebahagiaan. Manakala jiwa yang kotor sukar untuk merasa nikmat kebahagiaan. (rujuk Quran, asy-Syams: 7-10) Begitulah dijelaskan, kebahagiaan yang dicari terletak kepada ketakwaan dan kesucian jiwa sebagai kunci kepada kebahagiaan. Sebagai contoh pada zaman dahulu, kaum Samud telah mendustakan rasulnya, kaum ini telah melampaui batas dan berlaku zalim. Akhirnya, Allah SWT telah membinasakan kaum ini kerana dosanya dengan timbusan tanah. Peringatan ini sewajarnya menjadi peringatan kepada kita semua. Sebagai hamba-Nya, kita seharusnya reda dengan apa yang ada pada kita. Selain itu, kita berusaha untuk mendapatkan apa yang dicita-citakan dalam hidup.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr