Allah s.w.t. telah mengurniakan ke atas hamba-hambaNya dengan mengutuskan NabiNya (Muhammad s.a.w.) dan menurunkan kitabNya (al-Quran) yang tiada didatangi kebatilan dari hadapan atau dari belakang, sehingga terbentang luas bagi para ahli fikir jalan mengambil I’tibar atau contoh tauladan daripadanya; iaitu dikeranakan ianya mengandungi banyak cerita dan berita. Dengan adanya al-Quran, nyata dan teranglah bagi ummat manusia jalan kukuh yang harus ditujui dan titian lurus yang harus dilalui, kerana di dalam al-Quran itu terdapat berbagai-bagai hukum yang memperbedakan di antara yang halal dengan yang haram.
Al-Quran itu laksana cahaya yang menerangkan yang aman dengannya manusia akan terselamat daripada kemegahan diri, dan sebagai penawar yang mengubati segala jenis penyakit yang bersaarang di dalam hati. Barangsiapa berpegang teguh dengan al-Quran, niscaya ia akan terbimbing untuk mendapat petunjuk dan barangsiapa mengamalkan kandungannya niscaya ia akan berjaya dan bahagia.
Berfirman Allah di dalam al-Quran:
“Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan peringatan (al-Quran) dan Kami pasti memeliharanya.” (al-Hijr. 9)
Di antara sebab-sebab yang menentukan terpeliharanya al-Quran di dalam hati sanubari dan di dalam mashaf-mashaf, ialah mengamalkan pembacaannya selalu dan mendalami maksud-maksudnya terus-menerus dengan memerhatikan adab-adab dan syarat-syaratnya, kemudian menurut segala arahan yang terkandung di dalamnya tentang amalan-amalan kebatinan dan tata kesopanan yang lahir. Yang demikian itu amatlah penting sekali untuk diterangkan dan diperincikan. - Imam Ghazali, Bimbingan Mukminin.
Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif
Inilah khasiat fadhilat Doa Haikal yakni 7 doa drp no. 1 sampai no. 7 & sampai "Qul a'uuzubirabbinnaas" bahawasanya adalah diriwayatkan oleh Nabi kita Muhammad SAW pd suatu hari sedang Nabi kita SAW duduk di dalam Masjid Madinah maka Jibrail AS pun datang membawa firman ujarnya, "Ya Rasulullah SAW salam Allah SWT pd tuan hamba & firmannya, 'Hai kekasihku adapun doa ini yakni 7 doa ini dihantarkan Tuhan pd tuan hamba maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini kafirlah ia & barangsiapa membaca dia atau menyimpan dia maka Allah SWT melepaskan dia & ibubapanya drpd api neraka ya Muhammad barangsiapa menaruh doa ini di dlm rumahnya maka tiada boleh masuk jin & syaitan ke dlm rumahnya itu ya Muhammad barangsiapa suratkan doa ini & dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah ia drpd azab sengsara & wabak & duduk itu dlm aman & lagi barangsiapa menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang & termulialah ia pd orang banyak &...
Comments