Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Pergi ke masjid di waktu pagi dan petang adalah sebagai Jihad di Jalan Allah. (HR Tabrani).
Dari Ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa berwudhuk walaupun dia masih suci (memperbaharui wudhuk), dia akan mendapat sepuluh kebaikan. (HR Abu Daud).
Dari Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mencintai masjid dia akan dicintai oleh Allah. (HR Tabrani)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesuatu yang lebih mulia disisi Allah selain daripada doa. (HR Tirmizi).
Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi. (HR Hakim).
Dari Ibnu Abbas r.huma meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Seorang alim lebih ditakuti oleh syaitan daripada seribu orang abid. (HR Tirmizi).
Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif
Inilah khasiat fadhilat Doa Haikal yakni 7 doa drp no. 1 sampai no. 7 & sampai "Qul a'uuzubirabbinnaas" bahawasanya adalah diriwayatkan oleh Nabi kita Muhammad SAW pd suatu hari sedang Nabi kita SAW duduk di dalam Masjid Madinah maka Jibrail AS pun datang membawa firman ujarnya, "Ya Rasulullah SAW salam Allah SWT pd tuan hamba & firmannya, 'Hai kekasihku adapun doa ini yakni 7 doa ini dihantarkan Tuhan pd tuan hamba maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini kafirlah ia & barangsiapa membaca dia atau menyimpan dia maka Allah SWT melepaskan dia & ibubapanya drpd api neraka ya Muhammad barangsiapa menaruh doa ini di dlm rumahnya maka tiada boleh masuk jin & syaitan ke dlm rumahnya itu ya Muhammad barangsiapa suratkan doa ini & dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah ia drpd azab sengsara & wabak & duduk itu dlm aman & lagi barangsiapa menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang & termulialah ia pd orang banyak &...
Comments