BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa
mustajab:
1. Anas bin Malik meriwayat kan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara
azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
2. Sesungguhnya Rasulullah
bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga
malam yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka
aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku
maka Aku akan mengampuninya.”
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa
Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin
yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah
mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
4. Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku dilarang membaca al-
Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan
Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar
ayam
jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya
binatang itu
melihat malaikat. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah
perlindungan
daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut
melihat syaitan.”
6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah
bersabda: “Sesiapa yang
bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa,
doanya akan dimakbulkan.
“Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat
malam), solatnya akan diterima Allah.”
7. Ata bin Abi Rabah berkata:
“Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah
Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
8.
Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan
dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ‘Aku
berdoa
tetapi tidak dimakbulkan.’”
9. Hadis daripada Abu Hurairah:
Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari
Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam
keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan
dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”
Attributes of the Prophet Muhammad SAW Praise be to Allah, the Lord of Creations, and Peace and blessings be upon our prophet Muhammad, the faithful and the honest. Oh, Allah, we know nothing but what You teach us. You are the All- Knower, the Wise. Oh Allah, teach us what is good for us, and benefit us from what You taught us, and increase our knowledge. Show us the righteous things as righteous and help us to do them, and show us the bad things as bad and help us to keep away from them. O Allah our Lord, lead us out from the depths of darkness and illusion, unto the lights of erudition and knowledge, and from the muddy shallows of lusts unto the heavens of Your Vicinity. Dear brothers, this is the first part of the introduction to our new series: “Ways of access and signs of acceptance”, inspired by Allah’s Words: "I am only a man like you. It has been inspired to me." [Al Kahf, 110] It is as if in this ayah Allah the ...
Comments