Anak Kunci Syurga: Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah solat”. Kata ulama “Solat adalah anak kunci yang mempunyai lima bilah (gigi)” iaitu lima waktu solat fardhu. Oeh itu cukupkan bilangan solat dan gantilah mana-mana solat yang telah ditinggalkan kerana ia adalah amalan pertama diperiksa. Selain itu sempurnakanlah pahala solat dan ingatkah kepada Allah SWT dalam solat.
Amalan Pertama Diperiksa: Rasulullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba pada hari kiamat dari amal-amalnya ialah solatnya, jikalau solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jikalau amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung… – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi.
Ganti Sembahyang Yang Tertinggal atau Sengaja Ditinggalkan: Dari Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu , Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Maksudnya : Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solahnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solat yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman: ”Dirikanlah solah untuk mengingati Aku”. (Hadith riwayat Muslim).
Sempurnakan Sembahyang dan Ingatan Pada Allah Agar Diterima Pahalanya: Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak terima solah (pahalanya) seseorang lelaki yang melabuhkan kain (bawahan)nya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sembahlah Allah s.w.t seolah-olah engkau melihat-Nya. Kalau engkau tidak boleh, (ingatlah) Allah s.w.t melihat engkau." (Riwayat Abu Na’im daripada Zaid bin Arqam).
Sembahyang Menaikkan Taraf Mukmin Hingga Ke Taraf Ahli Syurga: Dalam sebuah hadith ada disebut “Solat itu Mikraj orang Mukmin”. Orang mukmin ialah orang Islam yang patuh dan Mikraj pula bermaksud naik. Orang mukmin dinaikkan taraf atau status atau makamnya melalui ibadat solat. Solat boleh meningkatkan kedudukan rohani seorang Islam disisi Allah serta memasukkannya ke syurga yang berada di atas Sidratul Muntaha.
Rasulullah s.a.w, menerima kontrak sembahyang semasa Baginda Mikraj (naik) ke satu tempat di atas langit. Sabda Nabi s.a.w “Semua ibadat difardhukan di bumi melainkan solat, dan ia difardhukan di langit antara dua qudratnya”. Pada malam itu Baginda telah naik ke 17 tempat (bilangan rakaat solat sehari semalam juga 17). Angka 8 pula terhasil dari 1+7 dan bilangan rakaat sembahyang pula ialah 17 rakaat.
34 ways - Duas Seeing the Prophet (PBUH) in dreams: 1.One of the most tried and tested means of gaining the vision of the Noble Prophet (alayhi salat wa salam) during sleep, and even during wakefulness, is intense love for him, and occupying one’s thoughts with him night and day, along with faithful conforming with his noble sunnah, and frequent prayers of benediction (salawat) upon him in a continuous fashion, and complete uprightness on his way (istiqama) and great yearning towards seeing him (asws), and supplications for him, and carrying the cares of the Beloved (alayhi salat wa salam), namely, calling to Allah in secret and in public; and continual application of all of the foregoing, and the absence of despair and hopelessness in the mercy of Allah, the Generous Bestower, for He deals in a steady manner but does not neglect anything, nor does He ruin the hopes of anyone who supplicates Him and hopes in Him, and it might be that He has hidden the treasures within the “late” respon...
Comments