Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Quran Karim, surah ar-Rum: 21). Ketika Nabi Muhammad SAW selesai berkhutbah hari raya yang berisi perintah untuk bertakwa kepada Allah SWT dan anjuran untuk mentaati-Nya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda: Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api neraka jahanam!" Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya: "Mengapa demikian, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab : "Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami. (riwayat Bukhari).

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif