Doa Pelbagai Guna -- Hindar Kejahatan Jin, Manusia, Pembesar, Buasir, Sakit Gigi dsb.
Alhamdulillah, entri kali ini ialah berkenaan doa pelbagai kegunaan untuk elak kejahatan jin, manusia, pembesar, buasir, sakit gigi, gila, kusta, kecurian, dan segala kejahatan ciptaan Allah s.w.t, dan sebagainya. Penulis telah mengamalkan doa ini hampir setiap hari dan alhamdulillah, walaupun gigi berlobang tetapi tidak sakit. Syukur kepada Allah s.w.t. Hayati maknanya apabila membaca doa ini.
Kaifiat amalan:
Baca sekurang-kurangnya 1x setiap hari. Sebaik-baiknya baca 1x selepas solat subuh dan 1x selepas solat maghrib. InsyaAllah.
Makna doa di atas:
Aku meminta perlindungan untuk diriku dan anak-anakku kesemuanya, dan ahli keluargaku semuanya, dan harta-hartaku semuanya, dan saudara-saudaraku semuanya dan juga harta-harta mereka, secara berkekalan dan berpanjangan selama-lamanya, dengan wajah Allah Yang Maha Agong, yang tiada sesuatu pun yang terlebih agong daripada-Nya, Yang Mempunyai Ketinggian dan Keperkasaan, daripada kejahatan jin dan manusia, syaitan-syaitan, dan sultan-sultan (pembesar atau ketua tempat kerja masing-masing), dan kejahatan yang tujuh, kejahatan serangga perosak (spt anai-anai dll), dan kecurian, dan daripada kejahatan semua makhluq Allah Taala. Dan daripada penyakit gila, kusta, sopak, mati separuh badan, buasir, kencing tidak tus, pekak, buta, bisu, dan daripada akhlak yang buruk, dan daripada tertanggal gigi, dan daripada sakit gigi geraham, dan daripada gigi berlobang dan longgar atau tercabut ia. Dan daripada semua bala dan fitnah, yang zahir dan yang batin. Dan aku berpegang teguh dengan Tuhan yang memiliki kerajaan. Dan aku bertawakkal kepada Dia yang tidak akan mati (3X -- ayat yang terakhir ini saja baca 3x).
Attributes of the Prophet Muhammad SAW Praise be to Allah, the Lord of Creations, and Peace and blessings be upon our prophet Muhammad, the faithful and the honest. Oh, Allah, we know nothing but what You teach us. You are the All- Knower, the Wise. Oh Allah, teach us what is good for us, and benefit us from what You taught us, and increase our knowledge. Show us the righteous things as righteous and help us to do them, and show us the bad things as bad and help us to keep away from them. O Allah our Lord, lead us out from the depths of darkness and illusion, unto the lights of erudition and knowledge, and from the muddy shallows of lusts unto the heavens of Your Vicinity. Dear brothers, this is the first part of the introduction to our new series: “Ways of access and signs of acceptance”, inspired by Allah’s Words: "I am only a man like you. It has been inspired to me." [Al Kahf, 110] It is as if in this ayah Allah the ...
Comments