Anas menceritakan Rasulullah SAW bersabda: Ada tiga hal yang menyebabkan setiap orang mencari perlindungan kepadanya akan merasakan manisnya iman, iaitu apabila Allah dan rasul-Nya lebih dicintainya daripada apa pun juga, apabila dia mencintai sesuatu hanya kerana Allah dan apabila dia tidak menyukai kekafiran sebagaimana dia tidak ingin dilemparkan ke dalam api neraka. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Pada suatu hari Umar bin Khattab berkata kepada Rasulullah: Aku mencintaimu lebih daripada segalanya, kecuali jiwaku sendiri. Baginda menjawab: Tidak seorang pun di antara kamu yang beriman sehingga aku lebih dicintainya daripada jiwanya sendiri." Umar segera menjawab: Demi Dzat yang menurunkan kitab suci al-Quran ini kepadamu, aku mencintaimu melebihi cintaku kepada diriku sendiri.
Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif
Inilah khasiat fadhilat Doa Haikal yakni 7 doa drp no. 1 sampai no. 7 & sampai "Qul a'uuzubirabbinnaas" bahawasanya adalah diriwayatkan oleh Nabi kita Muhammad SAW pd suatu hari sedang Nabi kita SAW duduk di dalam Masjid Madinah maka Jibrail AS pun datang membawa firman ujarnya, "Ya Rasulullah SAW salam Allah SWT pd tuan hamba & firmannya, 'Hai kekasihku adapun doa ini yakni 7 doa ini dihantarkan Tuhan pd tuan hamba maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini kafirlah ia & barangsiapa membaca dia atau menyimpan dia maka Allah SWT melepaskan dia & ibubapanya drpd api neraka ya Muhammad barangsiapa menaruh doa ini di dlm rumahnya maka tiada boleh masuk jin & syaitan ke dlm rumahnya itu ya Muhammad barangsiapa suratkan doa ini & dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah ia drpd azab sengsara & wabak & duduk itu dlm aman & lagi barangsiapa menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang & termulialah ia pd orang banyak &...
Comments