FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta syurga; mereka beroleh di dalam syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisi-Nya pahala yang besar. (Quran, Taubah: 20-22). Ibnu Jarir berkata: Orang yang beriman membenarkan dengan tauhidnya. Berhijrah dan berjihad menentang orang Musyrikin pada agama Allah dengan harta benda dan jiwa mereka. Itulah sebesar-besar darjat dan setinggi-tinggi kedudukan berbanding dengan hanya pemberi minum bakal haji, pemakmur Masjidil Haram daripada kalangan Musyrikin. Sayyid Quthub berkata: €œSelepas pengumuman pemutusan hubungan dengan kaum Musyrikin, maka tidak ada apa-apa keuzuran dan alasan lagi bagi mereka yang tidak mahu berperang dengan kaum Musyrikin. Begitu juga di sana tidak ada sebab yang membuat mereka teragak-agak untuk menafikan kaum Musyrikin daripada mengunjungi Baitullah dan mengimarahkannya walaupun kerja-kerja ini telah dilakukan oleh kaum Musyrikin pada zaman Jahiliah.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif