Hindari gangguan syaitan:
MAKSUDNYA: Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat (yang akhirnya mengakibatkan sakit). (riwayat al-Bukhari no. 1535)
Keterangan dan Petua Beramal:
Dalam sebuah hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: "Pandangan mata itu adalah benar." (riwayat Ibnu Majah no 3508. Sahih. Lihat Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no. 737).
Dalam hadis sahih yang lain, Nabi Muhammad SAW meminta seorang hamba perempuan di rumah Ummu Salamah ditangkalkan kerana terkena pandangan mata jahat. (Al-Azkar: Bab Pandangan Mata Yang Jahat).
Sebagai seorang Muslim, kita dibekalkan dengan pelbagai maklumat penting untuk hidup dengan aman dan selamat di atas muka bumi Allah SWT. Menyedari hakikat al-wiqayah khairun minal ilaj (mencegah lebih baik daripada merawat), maka Nabi SAW mengajar kita agar membaca doa ini, memohon kasih-sayang Allah agar dipelihara cahaya mata kita daripada kejahatan-kejahatan yang tidak mampu terfikir dalam fikiran kita.
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW berdoa dengan kalimah di atas untuk meminta Allah SWT perlindungan cucunda bagindaHassan dan Husin daripada gangguan jin dan syaitan serta pandangan mata yang jahat (al-Ain). (riwayat al-Bukhari no 1535).
Walau bagaimanapun, kita perlu menukarkan penggunaan ganti nama (kaf mim) dalam perkataan (yang merujuk kepada dua orang lelaki atau perempuan) kepada (ka) jika merujuk kepada seorang lelaki (kamu) dan (ki) untuk seorang perempuan (kamu).
Sekiranya terdiri daripada ramai orang pula (kamu semua) kita hendaklah menggunakan (kum) dan (kunna) untuk ramai perempuan (kamus semua). Dalam kes tersebut golongan lelaki dan perempuan pula kita hendaklah mengekalkan penggunaan ganti nama (kum). Wallahu a'lam.
Attributes of the Prophet Muhammad SAW Praise be to Allah, the Lord of Creations, and Peace and blessings be upon our prophet Muhammad, the faithful and the honest. Oh, Allah, we know nothing but what You teach us. You are the All- Knower, the Wise. Oh Allah, teach us what is good for us, and benefit us from what You taught us, and increase our knowledge. Show us the righteous things as righteous and help us to do them, and show us the bad things as bad and help us to keep away from them. O Allah our Lord, lead us out from the depths of darkness and illusion, unto the lights of erudition and knowledge, and from the muddy shallows of lusts unto the heavens of Your Vicinity. Dear brothers, this is the first part of the introduction to our new series: “Ways of access and signs of acceptance”, inspired by Allah’s Words: "I am only a man like you. It has been inspired to me." [Al Kahf, 110] It is as if in this ayah Allah the ...
Comments