Rasulullah SAW juga ada bersabda yang bermaksud: Yang menjadi imam dalam kalangan kamu ialah yang paling baik bacaan Quran dan didahulukan yang banyak mengingatnya, jika ingatan atau bacaannnya sama, maka yang jadi imam dalam kalangan mereka yang dahulu berhijrah, jika hijrah pun sama, maka yang layak menjadi imam ialah yang paling tua dalam kalangan mereka. (riwayat Muslim 673)
Berdasarkan kedudukan kelayakan dan keutamaan imam, baginda meletakkan salah satu cirinya golongan yang perlu dikedepankan, antaranya orang yang terdahulu berhijrah.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Maka siapa yang melakukan demikian itu di kalangan mereka iaitu yang Islam berhijrah dan berjihad kemudian mati, menjadi hak ke atas Allah memasukkannya ke dalam syurga atau dibunuh ke atas Allah memasukkannya ke dalam syurga. Jika sekiranya dia lemas, maka menjadi hak ke atas Allah memasukkannya ke dalam syurga atau dipijak oleh binatang maka menjadi hak ke atas Allah memasukkannya ke dalam syurga." (riwayat Ahmad 3/483 dan al-Nasaie 6/21).
Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif
Inilah khasiat fadhilat Doa Haikal yakni 7 doa drp no. 1 sampai no. 7 & sampai "Qul a'uuzubirabbinnaas" bahawasanya adalah diriwayatkan oleh Nabi kita Muhammad SAW pd suatu hari sedang Nabi kita SAW duduk di dalam Masjid Madinah maka Jibrail AS pun datang membawa firman ujarnya, "Ya Rasulullah SAW salam Allah SWT pd tuan hamba & firmannya, 'Hai kekasihku adapun doa ini yakni 7 doa ini dihantarkan Tuhan pd tuan hamba maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini kafirlah ia & barangsiapa membaca dia atau menyimpan dia maka Allah SWT melepaskan dia & ibubapanya drpd api neraka ya Muhammad barangsiapa menaruh doa ini di dlm rumahnya maka tiada boleh masuk jin & syaitan ke dlm rumahnya itu ya Muhammad barangsiapa suratkan doa ini & dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah ia drpd azab sengsara & wabak & duduk itu dlm aman & lagi barangsiapa menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang & termulialah ia pd orang banyak &...
Comments