Cinta Rasulullah s.a w. bukan urusan perasaan atau emosi tetapi ia adalah tuntutan iman yang diwajibkan ke atas setiap insan yang mengaku beriman kepada Allah swt.
Sabda Nabi Muhammad saw:
لا يؤمنُ أحدُكم حتَّى أكونَ أَحَبَّ إليه مِنْ والِدِهِ و وَلَدِهِ و النَّاسِ أجمعين
"Tidak beriman seseorang kamu (dalam erti kata iman yang sebenar) sehinggalah Aku ini terlebih kasih kepadanya berbanding bapa dan anaknya serta seluruh ummat manusia." (Riwayat Imam Bukhari)
2. Kecintaan kita sebagai orang yang beriman kepada Nabi saw selayaknya mengatasi segala-galanya sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah swt. Kegagalan mencintai Allah dan RasulNya serta perjuangan menegakkan Islam hanya menjerumuskan ke lembah fasik. Firman Allah swt :
قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.} [Quran, Surah At-Taubah: Ayat 24]
3. Antara tanda atau alamat mahabbatun Nabi s.a.w. (Kecintaan Kepada Nabi s.a.w.)
a) Menjunjung dan menghidupkan sunnah Baginda s.a.w. Ikut cara hidup Nabi s.a.w.
Firman Allah swt:
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Aali Imran: ayat 31)
b) Senantiasa mengingati dan berselawat ke atas Nabi s.a.w.
Firman Allah swt:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah Al Ahzab: Ayat 56)
c) Menerima apa yang diputuskan oleh Nabi s.a.w. sebagai keputusan muktamad tanpa ragu.
Firman Allah swt:
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan (ragu) dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Quran, Surah An Nisa': Ayat 65).
Top 10 richest Malaysians in 2014: Malaysia now boasts a total of eighteen billionaires, up from fourteen a year ago! Let's now take a look at the ten of the richest locals in 2014. As many Malaysians are well aware of, our country is going through a period of lows; our currency, the Ringgit, is weakening, we are experiencing a slowing economy and a lackluster stock market. All these come together to affect those who are earning a regular salary. But all of it is probably nothing more than an extra shrug from the guys on this list – if at all. In fact, some of those on the Forbes’ Malaysia’s Richest Tycoon list (ie the richest Malaysians, as of March 2014) have seen their fortunes increase as well, due to shrewd business decisions (amongst other things) despite economic conditions. Malaysia now boasts a total of eighteen billionaires, up from fourteen a year ago! Let’s now take a look at the ten of the richest locals in 2014. Source: Forbes’ Malaysia’s 50 Richest List Number 10: ...
Comments