ANAK KUNCI PEMBUKA KHAZANAH LANGIT DAN BUMI OLEH : Sheikh Hakim Abu Abdullah Moinuddin Chisti Firman Allah : Ibrahim : 14 Jika kamu menghitung Nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Firman Allah : Maksud Dan orang orang yang berjihad untuk Kami, sungguh akan Kami tunjukkan kepada mereka Jalan Jalan Kami. Amalan yang saya paparkan ini boleh dilakukan dengan mudah oleh setiap orang. BACAAN PEMBUKAAN Sebelum amalan dimulakan maka hendaklah dibaca ayat dibawah supaya kesannya lebih kuat dan dapat pula membuka pintu lautan rahmat dan keberkatan daripada Allah .Insya Allah. La Ilaha Illallah . Muhammadun Rasulullah Bacaan ini dibaca sekali sebelum mengamalkan sebarang amalan kesufian agar pengaruh yang jahat tidak dapat masuk. Baik juga disertakan bacaan yang dapat menghindarkan syaitan ( saperti dibawah ) A’udhu bi Llahi min asy syaitanir – rajim Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang orang sufi namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manafaatnya seperti yang digelar MAQALAD AS-SAMAWI WAL-ARD yang bererti KUNCI PEMBUKA KHAZANAH LANGIT & BUMI. Meskipun khas untuk mnyembuhkan penyakit / mengelakkan penyakit – faedah bacaan itu bukan hanya terhad kepada penyakit badan tetapi juga untuk penyakit lain. BACAAN WIRID atau FORMULANYA dari BAGINDA RASUL SAW Menjawab pertanyaan dari Uthman ibn Affan r.a baginda Rasul menjawab :- Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit & Bumi itu adalah yang berikut :- La ilaha illa Llahu wa-Llahu akbar Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi Wastaghfiru Llah alladzi la ilaha illa Hu Wal-Awwalu wal- Akhiru waz-Zahiru Wal baa tinu yuhyi wa yumitu Wa huwa hayyul laa yamutu biya dihil khairu Wa huwa aala kul-li shay in Qadiir. Yang bermaksud :- Tiada yang disembah melainkan Allah Allah Maha Besar Maha Suci Engkau Segala Puji Bagi Allah Aku memohon Ampun kepada Allah Tiada yang patut disembah melainkan Dia Dia Yang Awal dan Dia Yang Akhir Dia Yang Zahir dan Dia jugalah Yang Batin Yang Menghidupkan Yang Mematikan Dia Yang Hidup tanpa mati PadaNya segala kebaikan Dan Dia Berkuasa atas segala sesuatu. FAEDAH FAEDAHNYA Sabda Nabi kepada Uthman :- Wahai Uthman , barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah. Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni Kedua , terlepas dari siksa neraka Ketiga, dua malaikat dilantik untuk memeliharanya daripada penyakit Keempat, dikurniakan khazanah rahmat & berkat Kelima, mendapat pahala spt pahala membebaskan 100 orang hamba Keenam, mendapat pahala spt membaca seluruh Al-Quran, Injil, Zabur & Taurat Ketujuh, mendapat rumah disyurga Kelapan, berkahwin dengan bidadari syurga Kesembilan, dia akan dipermuliakan Kesepuluh, permohonan keampunan bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan Wahai Uthman, jika kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang orang yang berjaya dan melampaui orang orang sebelum kamu dan selepas kamu. CERITA KEJAYAAN – SUFI DARI PAKISTAN Seorang sufi zaman ini, ABU ANIS BARKAT ALI dari Darul Ehsan , Pakistan telah mencapai kedudukan yang tinggi dan unik dikalangan orang orang yang membaca wirid atau formula yang hebat ini. Beliau mendirikan sebuah papan-tanda yang besar dipintu masuk ke-bangunan tempat ibadahnya dan yang ditulis pada papan tanda itu ialah wirid atau formula ini. Kehidupannya sendiri memperlihatkan pengaruh kesan bacaan itu :- Beliau menjadikan 10,000 orang hindu kasta rendah sebagai anak angkat, memberikan mereka latihan dan pendidikan hidup yang sempurna Beliau menyelenggara sebuah bilik perubatan . Hingga sekarang beliau telah mencelikkan 3,000 orang kurang daya penglihatan dengan percuma. Beliau telah menulis lebih 300 buah buku tentang Islam & Sufi. Buku – buku ini diedar secara percuma. Pada kulit buku terulis :- Buku ini ditulis untuk bacaan kita semua, bukan untuk jualan. Buku ini telah dijual kepada DIA dan demi untuk DIA jualah buku ini ditulis. DIBACA 21 KALI SELEPAS SETIAP SOLAT Bacaan ini boleh juga dibaca 21 kali setiap selepas solat. Ia akan memakan masa l.k 3 – 4 minit sahaja. Amalkanlah. WIRID INI JUGA DIBACA OLEH SUFI BESAR HAZRAT KHWAJA MU’INUDDIN CHISTI DIMALAM IANYA KEMBALI...... Pada malam Rejab 633 Hijrah sufi ini saperti biasa masuk ketempat khalwatnya selepas solat Isya. Beliau menutup pintu bilik itu dan memulakan amalannya. Bacaan wirid inilah yang dibacanya tanpa henti. Beliau memberitahu murid muridnya jangan mengganggunya pada malam itu. Murid murid beliau berada jauh sedikit dari bilik khalwat guru mereka itu tetapi mereka mendengar bunyi bacaan yang luar biasa. Sampai subuh barulah bunyi bacaan itu berhenti tetapi Tuan Syeikh tidak keluar dari biliknya. Akhirnya setelah lama menunggu mereka membuka pintu, alangkah terperanjatnya mereka Sheikh besar itu telah meninggal dunia. Ayat ayat berikut kelihatan bersinar pada dahinya :- Hadha Habibullah Mata fi hubbillah Inilah Kekasih Allah Mati Dalam Cinta Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr