Hadith Nabi Muhammad SAW:
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, sabdanya Rasulullah SAW: “Bagaimanakah saya akan dapat bersenang-senang didunia sedangkan malaikat Israfil telah meletakkan sangkakala di mulutnya. Dia menunggu perintah (untuk meniupnya) apabila diperintahkan maka dia akan meniupnya”. Berita itu adalah amat berat bagi para sahabat Rasulullah SAW, lalu Baginda bersabda, “ Hendaklah kamu berkata, “Hasbunallahuwani’malwakil” (cukuplah Allah tempat kita menyerah)”. (Riwayat: Tirmizi dan katanya Hadis ini Hasan)
Huraian Hadith:
Islam mengingatkan umatnya supaya jangan terlalu cintakan dunia sehingga mengabaikan amalan akhirat
Umat Islam dikehendaki mengingati hari kiamat dengan memperbanyakkan amalan-amalan soleh sebagai bekalan hari akhirat.
Apabila mendengar cerita mengenai hari kiamat hendaklah kita berkata, “Hasbunallahuwani’malwakil”.
Malaikat Israfil bertugas meniup sangkakala sebagai tanda bermulanya hari kiamat.
Orang yang beriman pasti merasa takut kepada kiamat kerana kejadiannya sangat dahsyat
Kita hendaklah memohon pertolongan Allah dan berlindung kepadanya daripada sengsara hari kiamat serta meninggalkan amalan soleh.
Rasulullah SAW bimbang andaikata kiamat berlaku ke atas umatnya yang soleh (di waktu mereka masih hidup) walaupun junjungan mengetahui bahawa kiamat akan berlaku ke atas manusia-manusia yang jahat dan kafir (setelah dimatikan setiap orang yang beriman).
Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif
Inilah khasiat fadhilat Doa Haikal yakni 7 doa drp no. 1 sampai no. 7 & sampai "Qul a'uuzubirabbinnaas" bahawasanya adalah diriwayatkan oleh Nabi kita Muhammad SAW pd suatu hari sedang Nabi kita SAW duduk di dalam Masjid Madinah maka Jibrail AS pun datang membawa firman ujarnya, "Ya Rasulullah SAW salam Allah SWT pd tuan hamba & firmannya, 'Hai kekasihku adapun doa ini yakni 7 doa ini dihantarkan Tuhan pd tuan hamba maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini kafirlah ia & barangsiapa membaca dia atau menyimpan dia maka Allah SWT melepaskan dia & ibubapanya drpd api neraka ya Muhammad barangsiapa menaruh doa ini di dlm rumahnya maka tiada boleh masuk jin & syaitan ke dlm rumahnya itu ya Muhammad barangsiapa suratkan doa ini & dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah ia drpd azab sengsara & wabak & duduk itu dlm aman & lagi barangsiapa menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang & termulialah ia pd orang banyak &...
Comments