Baca zikir dan doa berikut:
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah (wahai Muhammad SAW): "Wahai Allah SWT yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
اللهم وَلِّ أمُورنا خيارنا
و لا تولِّ أمورنا شرارنا
و اجعل و لايتنا في من خافك و اتقاك و اتبع رضاك
آمين يا رب العلمين
Ya Allah SWT lantiklah untuk urusan kami orang-orang yang terbaik di kalangan kami.
Jangan engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.
Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang yang takutkan Engkau, bertaqwa kepada Engkau dan menurut redha Engkau..amin wahai Rabb sekalian alam.
Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif
Inilah khasiat fadhilat Doa Haikal yakni 7 doa drp no. 1 sampai no. 7 & sampai "Qul a'uuzubirabbinnaas" bahawasanya adalah diriwayatkan oleh Nabi kita Muhammad SAW pd suatu hari sedang Nabi kita SAW duduk di dalam Masjid Madinah maka Jibrail AS pun datang membawa firman ujarnya, "Ya Rasulullah SAW salam Allah SWT pd tuan hamba & firmannya, 'Hai kekasihku adapun doa ini yakni 7 doa ini dihantarkan Tuhan pd tuan hamba maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini kafirlah ia & barangsiapa membaca dia atau menyimpan dia maka Allah SWT melepaskan dia & ibubapanya drpd api neraka ya Muhammad barangsiapa menaruh doa ini di dlm rumahnya maka tiada boleh masuk jin & syaitan ke dlm rumahnya itu ya Muhammad barangsiapa suratkan doa ini & dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah ia drpd azab sengsara & wabak & duduk itu dlm aman & lagi barangsiapa menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang & termulialah ia pd orang banyak &...
Comments