SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT GANGGUAN SAKA:
Amalan Minggu Pertama (1) dan Kedua (2):
Surah Ar-ra'd ayat 30 hingga 43, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
Surah Az Zumaar ayat 59 hingga 75, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
Amalan Minggu Ketiga (3) dan Keempat (4):
Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 20, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
Surah Mukminun ayat 105 hingga 118, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
Amalan Minggu Kelima (5) dan Keenam (6):
Surah Ibrahim AS ayat 1 hingga 9, baca 22 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
Surah Muhammad SAW ayat 21 hingga 32, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
﴿وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّـلِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا ﴾
Glorious Quran, al-Isra’: 82. And We send down of the Qur'an that which is a cure and a mercy to the believers, and it increases the wrongdoers in nothing but loss.
Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif
Inilah khasiat fadhilat Doa Haikal yakni 7 doa drp no. 1 sampai no. 7 & sampai "Qul a'uuzubirabbinnaas" bahawasanya adalah diriwayatkan oleh Nabi kita Muhammad SAW pd suatu hari sedang Nabi kita SAW duduk di dalam Masjid Madinah maka Jibrail AS pun datang membawa firman ujarnya, "Ya Rasulullah SAW salam Allah SWT pd tuan hamba & firmannya, 'Hai kekasihku adapun doa ini yakni 7 doa ini dihantarkan Tuhan pd tuan hamba maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini kafirlah ia & barangsiapa membaca dia atau menyimpan dia maka Allah SWT melepaskan dia & ibubapanya drpd api neraka ya Muhammad barangsiapa menaruh doa ini di dlm rumahnya maka tiada boleh masuk jin & syaitan ke dlm rumahnya itu ya Muhammad barangsiapa suratkan doa ini & dipakai diperbuat tangkal nescaya terlepaslah ia drpd azab sengsara & wabak & duduk itu dlm aman & lagi barangsiapa menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang & termulialah ia pd orang banyak &...
Comments