Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Quran, al-Baqarah: 183).
Akan tetapi, kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat-umat terdahulu adalah daripada segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian, umat Nabi Muhammad SAW secara khususnya telah difardukan berpuasa pada bulan Ramadan.
Kesan menakjubkan:
Penulis menukilkan pendapat Ibnu al-Qayyim yang berkata: Puasa memberi kesan yang menakjubkan dalam menjaga anggota luaran dan kekuatan batin dan menjaganya daripada bercampur dengan benda-benda yang rosak dan membinasakan (tubuh badan) dengan membuangnya demi kesihatan tubuh badan. Ia mengembalikan kekuatan di dalam melawan hawa nafsu dan dapat menolong seseorang kepada mencapai darjat takwa."
Berdasarkan kepada ayat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa natijah puasa itu ialah untuk mencapai ketakwaan. Inilah hikmah yang terbesar daripada perlaksanaan ibadat puasa yang penuh dengan adab dan etikanya.
Berdasarkan takrif di atas, dapat disimpulkan bahawa takwa boleh menjadikan seseorang melakukan amar makruf dan nahi mungkar, di samping taqarrub kepada Allah SWT dengan amalan sunat.
Kepentingan takwa amat jelas apabila dinyatakan bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa.
Semoga puasa kita pada kali ini dan dengan kedatangan Ramadan al-Mubarak akan menjadikan kita benar-benar bertakwa kepada-Nya. Amin.
Attributes of the Prophet Muhammad SAW Praise be to Allah, the Lord of Creations, and Peace and blessings be upon our prophet Muhammad, the faithful and the honest. Oh, Allah, we know nothing but what You teach us. You are the All- Knower, the Wise. Oh Allah, teach us what is good for us, and benefit us from what You taught us, and increase our knowledge. Show us the righteous things as righteous and help us to do them, and show us the bad things as bad and help us to keep away from them. O Allah our Lord, lead us out from the depths of darkness and illusion, unto the lights of erudition and knowledge, and from the muddy shallows of lusts unto the heavens of Your Vicinity. Dear brothers, this is the first part of the introduction to our new series: “Ways of access and signs of acceptance”, inspired by Allah’s Words: "I am only a man like you. It has been inspired to me." [Al Kahf, 110] It is as if in this ayah Allah the ...
Comments