50
Formula Kekayaan & Kejayaan
1 Bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan yang akan datang untuk
memiliki lebih banyak lagi keberkatan kejayaan di masa hadapan.
2 Jangan bazir masa membuat
kerja yang anda tidak suka, bekerja mengikut minat (passion) adalah lebih baik lagi.
3 Tanpa ilmu anda tidak berpeluang membangkitkan
kekuatan diri dan perniagaan anda.
4 Hanya bercakap sahaja
tidak mencukupi untuk anda berjaya, tindakan
pro-aktif perlu dilaksanakan juga untuk berjaya.
5 Belajar mengambil risiko, pastikan risiko yang ingin
ditempuh sudah dikenal pasti oleh anda terlebih dahulu.
6 Berani berimpian besar, pastikan impian yang
ingin dimiliki merupakan realistik untuk dicapai.
7 Kelilingkan diri anda
dengan orang berjaya, anda pasti akan
berjaya juga.
8 Bertindak dengan pantas
“fast action, fast result”, tetapi
bertindak dengan bersandar ilmu yang tepat.
9 Bekerja dengan orang yang
mempunyai matlamat seperti anda, ia
akan mempercepatkan lagi proses kejayaan.
10 Di mana ada kemahuan
di situ ada kejayaan, berfikir secara
positif setiap masa.
11 Keluar dari zon selesa anda, ia akan menjadi penghalang untuk anda
tingkatkan potensi diri yang ada.
12 Wang tidak sentiasa menjadi
matlamat hidup, terdapat banyak lagi
matlamat yang boleh mencetus kejayaan hidup.
13 Jadikan ilmu sebagai
sesuatu yang menarik untuk dipelajari,
dengan ilmu anda boleh takluk dunia. (Lihat #3).
14 Banyakkan memberi dari menerima, kerana orang yang memberi adalah orang
yang kaya.
15 Menambah nilai kehidupan orang lain merupakan matlamat yang lebih
bermakna dari wang.
16 Untuk anda berjaya, anda
mesti berjayakan orang lain terlebih
dahulu.
17 Kolam hati mesti
dijaga dan dicuci dengan melakukan perkara-perkara yang positif seperti solat, zikir, menderma dan lain-lain
lagi.
18 Apa yang anda fikir, cakap, rasa, dan buat semuanya
adalah doa.
19 Jangan takut kepada kegagalan,
pelajari dari kegagalan tersebut dan
gunakannya sebagai proses kejayaan anda. Kegagalan itu adalah kejayaan.
20 Bertindak luar biasa. Tindakan luar biasa akan memberi kejayaan
yang pantas dan berlipat kali ganda.
21 Elakkan dari
melakukan rutin harian yang tetap, sentiasa
bersifat terbuka kepada sesuatu yang baru dan jadikan diri anda fleksibel
terhadap semua perkara.
22 Impian atau hasil (end result) merupakan perkara yang
perlu difokuskan terlebih dahulu, letakkan seluruh tenaga, perasaan gembira dan
positif terhadapnya. Proses untuk mencapai impian tersebut akan datang dengan
sendirinya, jangan lupa untuk bertindak.
23 Jadikan kerja anda sebagai
satu seni karya yang hebat, bekerja
dengan bijaksana.
24 Keberanian berterusan diperlukan setiap masa, tekanan perniagaan
tidak pernah berhenti.
25 Beri sepenuh perhatian dan focus terhadapnya.
26 Apa yang difikirkan merupakan magnet hidup, ia akan menarik lebih banyak
perkara baik di dalam hidup anda.
27 Sentiasa kekal momentum kerja anda, jangan hilang kawalan.
28 Masalah hidup akan wujud,
teruskan perjalanan anda jangan
berhenti.
29 Orang yang Berjaya akan
melakukan sesuatu perkara sehingga ia
selesai. Orang yang gagal sahaja yang akan lakukan kerja sekerat jalan.
30 Melakukan penyelidikan (R&D) sebelum bertindak akan memberi
banyak kelebihan terhadap kerjaya anda.
31 Jangan bekerja
seorang diri, bahagikan kerja itu kepada
orang lain untuk lakukannya.
32 Sentiasa mencabar
diri untuk melakukan terbaik dari yang terbaik.
33 Kenal pasti tabiat
(habit) negatif diri, tukarkannya kepada bentuk
yang lebih produktif.
34 Gunakan cara diplomatik bila berkomunikasi, jangan biarkan perasaan
bercelaru semasa berkomunikasi.
35 Pastikan setiap
matlamat mempunyai penyebab yang kukuh
untuk dicapainya. Dengan adanya penyebab yang kukuh, anda akan lebih bersungguh-sungguh
untuk mencapai matlamat tersebut. Penyebab boleh jadi orang yang anda sayang
seperti ibubapa, isteri, anak dan lain-lain lagi.
36 Sekali sekala beri
diri anda berehat. Kesihatan mental dan tubuh badan harus dijaga kerana kesihatan adalah kekayaan.
37 Pelajari kemahiran baru untuk menambahkan lagi kelebihan potensi
diri yang sedia ada. Kemahiran baru mungkin dapat mempercepatkan proses
kejayaan.
38 Raikan kejayaan, tidak kira sekecil mana kejayaan itu.
39 Kongsikan kejayaan anda dengan orang lain.
40 Percaya dengan apa yang anda lakukan, kerana ia akan menambahkan lagi
keyakinan diri.
41 Jadi pendengar yang bagus, ia akan membantu menarik lebih ramai
orang datang kepada anda.
42 Kenal pasti masalah dan jadikannya satu penyelesaian kepada orang
lain.
43 Hormati masa,
sentiasa membuat senarai semak harian
bagi mengelak masa terbuang begitu sahaja.
44 Kekalkan motivasi diri yang tinggi setiap masa.
45 Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
46 Jadikan proses menuju kejayaan sebagai satu pengembaraan
yang mengembirakan diri.
47 Jauhi dari stres dan juga orang sekeliling yang stres, kerana stres
akan memberi tenaga negatif pada anda.
48 Bertanggungjawab terhadap semua perkara yang anda lakukan.
49 Menjaga sikap diri, orang
berjaya akan sentiasa bersikap positif
setiap masa.
50 Kembangkan minda anda
dengan mencari ilmu yang berguna melalui pembacaan,
kursus, seminar dan sebagainya.
-
hjmazlanmuslim.blogspot.com
Comments