Rujukan: Tafsir ar-Rawi.
Sesiapa yg sentiasa berkekalan
membaca surah al-Fatihah diantara solat sunat subuh & fardhunya 41 kali,
nescaya permintaannya terkabul. Jika kesusahan ianya nescaya dilapangkan Allah
SWT, jika berhutang mudah baginya membayar, jika sakit lekas sembuh &
nescaya dikasihi oleh makhluk, ditakuti oleh musuh.
Barangsiapa sentiasa
berkekalan membaca surah al-Fatihah 7 kali sesudah tiap2 solat fardhu, dibukakan
Allah SWT kepadanya pintu kesenangan & terkaya dianya daripada apa yg
merunsingkannya dari pekerjaan dunia serta akhirat. Dan barangsiapa membaca
surah al-Fatihah 20 kali sesudah tiap2 solat fardhu, iaitu 100 kali sehari,
dilapangkan Allah SWT rezekinya & bertambah-tambah baik keadaannya, serta
bercahaya (nur) rohaninya & terkabul segala maksud sucinya insyaAllah.
Comments