51 Tip & Amalan Murah Rezeki

Amalan murah rezekiAssalamualaikum w.b.t dan salam kejayaan.
Dalam ruangan Motivasi pada kali ini, Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk saya kongsikan 51 tip dan amalan murah rezeki dari pelbagai sumber, bacaan dan pengalaman saya sendiri.
Semoga dengan tip, petua dan amalan murah rezeki ini dapat mendekatkan diri kita kepada Allah Ta’ala dan dikurniakan rezeki yang diberkati Allah Ta’ala. InsyaAllah.
1.   Amalan zikir tasbih, tahmid dan takbir 33 kali selepas solat ( Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar)
2.   Baca surah al-Waqiah setiap malam
3.   Banyak membaca Hauqalah iaitu Laa haula walaa quwwata illaa billaah  (tidak ada daya dan upaya melainkan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung)
hauqalah
4.   Belanjakan harta pada jalan yang diredhai Allah Ta’ala
5.   Berbakti kepada ibu bapa, jangan derhaka kepada mereka
6.   Berbuat baik dengan makhluk Allah dan ciptaan-Nya
7.   Berdoa mohon petunjuk, takwa, keampunan dan kekayaan
Doa murah rezeki
8.   Berikhtiar dengan bersungguh-sungguh – siapa usaha, dia dapat
9.   Beristighfar 70 , 100 kali atau 1000 kali setiap hari dan bertaubat
10. Berniaga – 9/10 sumber rezeki dalam perniagaan
11.  Berpagi-pagi dalam melakukan kebaikan
12.  Bersabar menghadapi ujian Allah Ta’ala
13.  Bersangka baik kepada Allah Ta’ala yang memberikan kepada kita rezeki
14.  Berselawat 10, 100 atau 1000 kali setiap hari
15.  Buat kebajikan dengan membantu orang lain, membuang benda berbahaya di jalanan, nasihat yang baik dan sebagainya
16.  Elakkan tidur selepas solat Subuh
17.  Ikhlas dalam bersedekah
18.  Melabur wang untuk menambah ilmu dan kemahiran baru
19.  Melazimi diri sentiasa dalam keadaan berwuduk setiap waktu
20. Melazimi solat sunat Taubat setiap malam
21.  Membaca al-Quran setiap hari walaupun beberapa ayat
22.  Membaca surah al-Ikhlas ketika masuk rumah
23.  Membaca surah Yaasin setiap pagi – dipermudah Allah Ta’ala urusan harian kita
24.  Membantu dan menolong orang yang lemah
25.  Memberi nafkah dan bantuan kepada orang yang menuntut ilmu agama
26.  Mencari yang halal walaupun bersusah payah dengan titik peluh sendiri
27.  Mengerjakan solat sunat Dhuha 2 atau 4 rakaat
28.  Memaafkan semua orang sebelum kita tidur
29.  Mengucapkan Alhamdulillah untuk setiap nikmat yang diperoleh
30.  Menunaikan hajat orang lain
31.  Menunaikan zakat
32.  Menyambung silaturrahim
33.  Murah dengan senyuman
34.  Niat mencari rezeki kerana Allah Ta’ala
35.  Rajin bersedekah setiap hari walaupun sedikit
36.  Rajin membantu orang lain
37.  Redha dengan setiap nikmat dan ujian yang diberi Allah Ta’ala
38.  Rezeki ada dalam perkahwinan
39.  Selalu berpuasa sunat Isnin dan Khamis
40.  Sentiasa ingat Allah Ta’ala
41.  Sentiasa melihat dan merenung wajah ibu bapa
42.  Sentiasa menyampaikan ilmu kepada orang lain walaupun sedikit
43.  Sentiasa menyebarkan salam
44.  Solat di awal waktu
45.  Solat tahajud setiap malam walaupun 2 rakaat, bersama-sama solat witir
46.  Syukur setiap nikmat yang diperoleh dengan menggunakan dan memanfaatkan nikmat tersebut
47.  Tidak mengungkit-ungkit pemberian dan amalan baik kita
48.  Tinggalkan maksiat dan dosa sama ada dosa kecil atau besar
49.  Tunaikan haji dan umrah apabila mampu
50.  Tawakal kepada Allah Ta’ala
Nabi S.A.W. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
51.  Takwa kepada Allah Ta’ala
Dan siapa yang patuh kepada Allah, Dia  mengadakan untuk orang itu jalan ke luar (dari kesulitan)
Dan memberikan rezeki kepadanya dari (sumber) yang tiada pernah diduganya…” (At-Talaq: 2-3)
Tambahan
52.   Amalkan membaca ayat 54, surah Shad
ayat murah rezeki
53.   Mengamalkan membaca Surah al-Insyirah (Alam Nasyrah) 3 kali atau 7 kali selepas solat Fardhu.
54.   Ringkasan 7 kunci pintu rezeki, perkongsian bermanfaat dari internet.
kunci rezeki
Semoga bermanfaat dan dapat kita amalkan mengikut kemampuan, “Apa yang tidak dapat dibuat semua, maka jangan ditinggalkan semua”.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif