SURAH AL-KAHFI (surah yang
ke-18-mengandungi 110 ayat)
Daripada Umar berkata: Nabi Muhammad saw telah
bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka
bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di
hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”
SURAH AS-SAJDAH (surah yang
ke-32-mengandungi 30 ayat)
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir
berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan
Al-Mulk”
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa
membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam
al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.
SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi
83 ayat)
Daripada Ma’qil Ibni Yasar berkata: “Al-Baqarah adalah
rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan
Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun
di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.
SURAH AD-DUKHAN (surah yang
ke-44-mengandungi 59 ayat)
Daripada abi Hurairah r.a. berkata : Nabi saw telah
bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya
70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.
SURAH AL-WAQIAH (surah yang
ke56-mengandungi 96 ayat)
Rasulullah saw bersabda: ”Bacalah surah Al-Waqiah.
Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”
SURAH AL-MULK (surah yang
ke-67-mengandungi 30 ayat)
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “Bacalah surah
al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga
kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu,
sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah
swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada
api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”
Dan Nabi saw bersabda: “saya suka kalau surah ini ada
dalam hati tiap insan dari umatku”.
SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi
24 ayat)
Nabi saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca 3 ayat
terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat
atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada
hari itu, ia dikira mati syahid.”

Comments