DOA AGAR DIKURNIAKAN NUR




DOA KETIKA MENGHADAPI TEKANAN

Surah ALI-‘IMRAN ayat 173

Maksudnya : “ Cukuplah Allah untuk ( menolong ) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus
( yang terserah kepada-Nya segala urusan kami ).”

Keterangan ayat

Menurut al-Imam al-Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada
Ibn Abbas berkata bahawa doa diatas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh nabi ibrahim a.s. sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika golongan kafir menakut-nakutkan nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi s.a.w. ( Tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah Ali-Imran. )


Khasiat dan Kaifiat Beramal

Amalkan membaca zikir ini apabila berhadapan dengan suasana yang menakutkan atau ketika menghadapi tekanan atau stress.

DOA AGAR DIKURNIAKAN NUR

Surah al-Tahrim ayat ke 8

Maksudnya : “ Wahai Tuhan kami ! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Keterangan ayat

Al-hakim meriwayatkan dalam sebuah hadis yang dianggap sahih bahawa
Ibn Mas’ud berkata yang bermaksud ; Taubat Nasuha menghapuskan semua dosa kerana terdapat dalam Al-Quran, Allah s.w.t. berfirman…”, lalu beliau membaca ayat sebelum doa ini. Orang-orang beriman akan dikurniakan Allah Nur sedangkan orang-orang munafik akan dipadamkan Nur yang diberikan kepadanya. Perkara yang sama diriwayatkan oleh Ibn Abbas ketika menceritakan tentang hari akhirat.
(Tafsir Fathil Qadir, tafsir ayat 8 surah al-Tahrim)

Khasiat dan Kaifiat beramal

Amalkan membaca doa ini selepas solat fardhu.
.Semoga kita dikurniakan Allah keampunan dan Nur pada hari perhitungan.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr