Posts

Showing posts from April, 2011

Hizbul Bahr - Bahagian 1

Hizbul Bahr - Imam Abu Hassan Asy-Syadhili Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Zat yang Maha Tinggi, wahai Zat yang Maha Agung, wahai Zat yang Maha Penyantun, wahai Zat yang Maha Mengetahui, Engkaulah Tuhanku & liputan pengetahuanMu itu cukup bagiku, oleh itu sebaik-baik tuhan adalah Tuhanku, & sebaik-baik kecukupan adalah kecukupanku, Engkau menolong sesiapa yg Enngkau kehendaki & hanya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengasih. Kami memohon kpd Engkau pemeliharaan di dlm setiap gerak-geri & diam kami, setiap lontaran kalimat, kehendak & lintasan2 (hati) kami drpd sebarang keraguan & sangkaan serta perasaan yg menutup kalbu dari menyaksikan rahsia2 ghaibMu. {Maka benar2 diuji orang2 mukmin itu & perasaan mereka digoncang dengan goncangan yg hebat. Dan ingatlah ketika orang2 munafik & orang2 yg di dalam hati mereka ada penyakit berkata: "Tiada dijanjikan kita ini oleh Allah & RasulNya melainkan tipuan belaka.&q…