Hizbul Bahr - Bahagian 1

Hizbul Bahr - Imam Abu Hassan Asy-Syadhili Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Zat yang Maha Tinggi, wahai Zat yang Maha Agung, wahai Zat yang Maha Penyantun, wahai Zat yang Maha Mengetahui, Engkaulah Tuhanku & liputan pengetahuanMu itu cukup bagiku, oleh itu sebaik-baik tuhan adalah Tuhanku, & sebaik-baik kecukupan adalah kecukupanku, Engkau menolong sesiapa yg Enngkau kehendaki & hanya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengasih. Kami memohon kpd Engkau pemeliharaan di dlm setiap gerak-geri & diam kami, setiap lontaran kalimat, kehendak & lintasan2 (hati) kami drpd sebarang keraguan & sangkaan serta perasaan yg menutup kalbu dari menyaksikan rahsia2 ghaibMu. {Maka benar2 diuji orang2 mukmin itu & perasaan mereka digoncang dengan goncangan yg hebat. Dan ingatlah ketika orang2 munafik & orang2 yg di dalam hati mereka ada penyakit berkata: "Tiada dijanjikan kita ini oleh Allah & RasulNya melainkan tipuan belaka."} Quran 33: 11~12. Maka tetapkanlah pendirian kami & tolonglah kami serta tundukkanlah bagi kami laut ini seperti yg Engkau telah tundukkan laut (Laut Merah) bagi Nabi Musa, Engkau tundukkan api bagi Nabi Ibrahim, Engkau tundukkan gunung-ganang & besi bagi Nabi Daud & Engkau tundukkan angin, syaitan2 & jin bagi Nabi Sulaiman. Dan tundukkanlah bagi kami semua lautan milikMu di bumi ini & di langit, di alam mulk & alam malakut serta lautan dunia & lautan akhirat. Dan tundukkanlah setiap sesuatu bagi kami, wahai Zat yg di tanganNya kerajaan segala-galanya. Kaf ha yaa 'ain shad (hanya Allah SWT yg Maha Mengetahui maksudnya).

Tolonglah kami (ya Allah SWT) kerana hanya Engkaulah sebaik-baik Penolong. Bukakanlah pintu kemenangan bagi kami kerana hanya Engkaulah sebaik-baik Pembuka kemenangan itu. Ampunkanlah bagi kami kerana hanya Engkaulah sebaik-baik Pengampun. Belas kasihanilah kami kerana hanya Engkaulah sebaik-baik Pengasih. Curahkanlah rezeki ke atas kami kerana hanya Engkaulah sebaik-baik Pemberi rezeki & berilah kami petunjuk serta selamatkanlah kami drpd kaum yg zalim. Dan kurniakanlah kami angin yg baik seperti yg ada di dalam ilmuMu. Bentangkanlah angin itu ke atas kami & gedung2 rahmatMu. Dan bawalah kami dengannya sebagai kemuliaan beserta selamat & sejahtera di dlm agama, dunia & akhirat kami. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Ya Allah, mudahkanlah bagi kami segala urusan kami beserta kerehatan bagi hati & badan kami. Dan selamat serta sejahtera di dlm agama, dunia & akhirat kami. Dan Engkau jadilah teman badi kami di dlm perjalanan kami & pengganti kami bersama keluarga kami. Dan hapuskan kami di tempat mana pun mereka berada supaya mereka tidak dapat mara ke hadapan & datang menyerang kami.

{Dan jika Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan penglihatan mata mereka sehingga masing2 menerpa mencari jalan maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya? Bersambung ke Bahagian 2 (Hizbul Bahr).

Comments

mas_chem77 said…
MasyaAllah...Doa yang paling gerun pernah saya baca...boleh tak saya ambik doa ni...saya nak amal dalam solat saya...

Saya suka nak sambung surfing kat blog ni lagi...write some more... tulis yang bagus2 ya...they inspired me...Thank you..Alhamdulillah, untung ada internet! Untung ada yang baik2 kat internet..

Semoga terus maju dan berjaya..Amiiin. Wassalam.

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr