Amalan Doa Mudah Mendapat Rezeki



Amalan Doa Mudah Mendapat Rezeki

"Wahai Tuhan kami, ya Allah SWT! Wahai yang Maha Esa! Wahai yang Maha Esa! Wahai yang Maha Wujud! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai yang Maha Mulia! Wahai yang Maha Menganugerahkan! Wahai yang Mempunyai Anugerah! Wahai yang Maha Kaya! Wahai yang Maha Mengkayakan! Wahai yang Maha Pembuka! Wahai yang Maha Pemberi Rezeki! Wahai yang Maha Mengetahui! Wahai yang Maha Bijaksana! Wahai yang Maha Hidup! Wahai yang Maha Berdiri dengan SendiriNya! Wahai yang Maha Pengasih! Wahai yang Maha Penyayang! Wahai yang Maha Mencipta 7 petala langit & bumi! Wahai yang Mempunyai Keagungan & Kemuliaan! Wahai yang Maha Pengasih! Wahai yang Maha Mengurniakan! Kurnialah kepadaku daripada Mu dengan kurniaan yang baik yang menjadikan aku tidak memerlukan kepada selainMu: "Jika kamu (wahai orang-orang musyrik) memohon supaya diberikan kemenangan (bagi pihak yang benar) sesungguhnya kemenangan (yang kamu pohon) itu telah datang (& disaksikan oleh) kamu." "Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad SAW) satu jalan kemenangan yang jelas nyata." "Pertolongan dari Allah SWT & kemenangan yang cepat (masa berlakunya)."

Ya Allah SWT! Wahai Tuhan yang Maha Kaya! Wahai Tuhan yang Maha Terpuji! Wahai Tuhan yang Maha Memulakan suatu kejadian! Wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan suatu kejadian! Wahai yang Maha Penyayang! Wahai Tuhan yang Mempunyai Arasy yang Mulia! Wahai Tuhan yang Melakukan apa yang dikehendaki Nya!

Cukupkanlah aku dengan perkara-perkara yang halal daripada (memerlukan kepada) perkara-perkara yang haram, jadikanlah aku dengan KurniaanMu tidak berhajat kepada selainMu, peliharalah aku dengan apa yang telah Engkau pelihara dengannya al-Quran, bantulah aku dengan pertolongan yang telah Engkau berikan kepada Rasul-rasul (AS), sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu." Selawat & salamNya kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW & ke atas keluarga & sahabat handai semuanya. Segala puji untuk Allah SWT Tuhan pemerintah seluruh alam ini.

- Syeikh Ad-Dumairi dalam kitabnya Hayatul Hayawan berkata, ia menerima pelajaran dari gurunya Al-Arif Billah Abdullah bin As'ad, dari gurunya Al-Arif Billah Imam Abi Abdullah Umar al-Quray, dari gurunya Abu Rubai' Al Maliqy: Siapa yang membiasakan baca zikir & berdoa selesai 5 waktu, khususnya sesudah solat Jumaat, maka ia dijaga oleh Allah SWT dari semua yang ditakutinya, dibantu dapat mengalahkan atau melemahkan musuhnya. Diberi kekayaan & kecukupan, diberi rezeki dengan tak terbilang & tak terkira datangnya serta dipermudahkan penghidupannya sehingga dapat membayar hutangnya sekalipun mempunyai hutang seperti gunung. Cara mengamalkannya cukup dibaca sekali selepas setiap kali solat terutamanya selepas solat Jumaat.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr