Kasyaf ul-Asrar



Kasyaf ul-Asrar


(Soal): Dan beberapa jalan kepada Allah SWT didalam tubuh manusia beri kami akan jawabnya.
(Jawab): Adapun jalan kepada Allah SWT dalam tubuh manusia iaitu 4 jalan.
Pertama jalan syari'at dan
kedua jalan tariqat dan
ketiga jalan haqiqat dan
keempat jalan ma'rifat.

(Soal): Dan syari'at itu apa kepada Rasul SAW dan tariqat itu apa kepada Rasul SAW dan haqiqat itu apa kepada Radul SAW & ma'rifat itu apa kepada Rasul SAW.
(Jawab): Adapun syari'at itu perkataannya dan
tariqat itu jalannya dan
haqiqat itu kediamannya dan
ma'rifat itu kelakuannya adanya.

(Soal): Dan syari'at itu apa kepada kita & apa zikirnya & tariqat itu apa kepada kita & apa zikirnya & haqiqat itu apa kepada kita & apa zikirnya & ma'rifat itu apa kepada kita & apa zikirnya.
(Jawab): Adapun syari'at itu tubuh kepada kita & zikirnya Lailaha illa Allah &
adapun tariqat itu hati kepada kita & zikirnya Allah, Allah &
adapun haqiqat itu nyawa kita & zikirnya Ya Allah &
adapun ma'rifat itu rahsia kepada kita & zikirnya Ya Huu iaitu haqiqat Allah kan zat.

(Soal): Dan mana istana syari'at & mana istana tariqat & mana istana haqiqat & mana istana ma'rifat.
(Jawab): Dan adapun istana syari'at itu lidah &
istana tariqah itu hati &
istana haqiqat itu nyawa &
istana m'rifat itu meliputi pada sekelian badan adanya.

(Soal): Dan syari'at itu kejadian daripada apa & tarqiat itu kejadian daripada apa & haqiqat itu kejadian daripada apa & ma'rifat itu kejadian daripada apa.
(Jawab): Dan kejadian syari'at itu daripada air &
tariqat kejadian daripada angin &
haqiqat kejadian daripada bumi &
ma'rifat kejadian daripada api.

(Soal): Adapun syari'at itu daripada air iaitu air yang mana & tariqat itu daripada angin iaitu angin yang mana, adapun haqiqat itu daripada bumi iaitu bumi yang mana & ma'rifat itu daripada api iaitu api yang mana.
(Jawab): Adapun air itu iaitu cahaya nur Muhammad SAW &
adapun angin itu iaitu nafas Muhammad SAW &
adapun bumi itu iaitu badan Muhammad SAW &
adapun api itu iaitu nazir Muhammad SAW.

(Soal): Dan mana awal Muhammad SAW & akhir Muhammad SAW & mana zahir Muhammad SAW & mana batin Muhammad SAW beri kami akan fatwanya.
(Jawab): Adapun awal Muhammad SAW itu nurani nyawa kepada kita, adapun akhir Muhammad SAW ruhani hati kepada kita, adapun zahir Muhammad SAW itu insani tubuh kepada kita, adapun batin Muhammad SAW itu rabbani rahsia kepada kita.

(Soal): Dan ma'rifat berapa perkara beri fatwanya akan kami.
(Jawab): Bermula ma'rifat itu atas 3 perkara, pertama ma'rifat syari'at, kedua ma'rifat orang tariqat & ketiga ma'rifat orang haqiqat.

(Soal): Dan apa perbezaan antara yang 3 itu.
(Jawab): Adapun ma'rifat orang syari'at itu iaitu mengenal segala hukum yang zahir seperti mengenal halal & haram, sah & batal, makruh & mubah, fardhu & sunat, rukun & syarat. Adapun ma'rifat orang tariqat itu iaitu mengenal barang yang seni-seni seperti riak & 'ujub & sum'ah & takbur, hasad & sebagainya daripada sifat mazmumah yang dicela oleh syara' & mengenal kasih sayang Allah SWT akan hambaNya & mengenal baik & jahat & zahir & batin & ma'rifat orang haqiqat itu iaitu antara intanjuh tasybih & tiada terdinding pandang yang zahir akan yang batin & tiada terdinding pandang yang batin akan yang zahir.

(Soal): Dan mana yang dinamai syari'at & yang mana dinamai tariqat & yang mana dinamai haqiqat & mana yang dinamai ma'rifat.
(Jawab): Adapun yang dinamai syari'at itu enkau sembah akan Allah SWT & engkau kerjakan segala suruh syara' & menjauhi segala yang ditegah oleh syara' &
adapun dinamai tariqat itu iaitu engkau sahaja akan Allah SWT dengan ilmu & amal & engkau amalkan barang yang engkau ketahui &
adapun yang dinamai haqiqat itu seperti engkau pandang Allah SWT dengan cahaya yang dipertaruhkan Allah SWT pada sama tengah hatimu &
adapun ma'rifat itu lengkap meliputi pada sekelian badan.

- ms 11~13, Kasyaf ul-Asrar, terjemahan Asy-Syeikh Muhammad Salih bin Abdullah Mengkabaui

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr