Khasiat Asmaul Husna

Khasiat Asmaul Husna

Sesungguhnya amat besar ganjarannya bagi orang yang bibirnya sentiasa basah dalam menyebut kalimah-kalimah Allah. Setiap satu nama Allah mempunyai maksud tertentu yang mempunyai pengertian yang amat besar. Berikut diterangkan antara khasiat-khasiat yang boleh diperolehi dengan menyebut nama-namaNya:

Ya Batin
Apabila dibaca kalimah diatas sebanyak 33x setiap kali
selesai solat fardhu, Allah SWT akan menjadikan pembacanya
sebagai ahli Asror (mempunyai keistimewaan yang khusus).


Ya Muhaimin
Sekiranya ingin mendapatkan cahaya keimanan, maka bacalah
kalimah di atas sebanyak 100x setelah selesai mandi jumaat
(1x dalam seminggu)


Ya Qawi
Bagi sesiapa yang membaca kalimah diatas sebanyak 116x
setiap hari, insya Allah akan memperolehi kekuatan yang
khusus baginya.


Ya Qawi ya Matiin
Sekiranya dibaca sebanyak 130x dalam sehari, maka
dengan izin Allah segala kelemahan jasadnya akan hilang.


Ya Latif

Sekiranya dibaca sebanyak 130x dalam sehari, maka

dengan izin Allah segala kelemahan jasadnya akan hilang.


Ya Wahhab

Sekiranya dibaca sebanyak 7x setiap hari atau selepas

solat fardhu, maka Allah SWT akan memberikan ilmu

Wahbi.


Ya Wadud
Bagi memperolehi kasih sayang, hendaklah dibaca 7x
selepas setiap kali mengerjakan solat atau setiap hari.


Ya Zattaul
Untuk memperolehi kemurahan rezeki, dianjurkan
supaya berpuasa selama 3 hari berturut-turut (hari
rabu, khamis dan jumaat) sambil membaca
pada siang dan malam harinya tanpa had tertentu.


Allahumma ya Ghaniu ya Hamiidu ya Mubdi'u
ya Mu'iidu ya Rahiimu ya Waduud, Aghninii
bihalaalika 'an haraamika bitha'atik.
Barang siapa mempunyak hajat/keinginan terutama
berkenaan dengan rezeki, hendaklah dia membaca doa
ini selepas solat jumaat sebanyak 70x dengan catatan
masih dalam sikap tasayahhud akhir dan belum
berkata-kata. Insya Allah tidak datang kepadanya
jumaat yang kedua kecuali Allah SWt telah
mengabulkan permintaannya.

Comments

neko19 said…
Assalamualaikum... ambil peluang diruangan komen untuk iklankan laman web ini, Pertubuhan Umat Cemerlang Kelantan, Khairu Ummah dalam usaha untuk mengumpul dana bagi pembinaan sebuah madrasah, kenali khairu ummah dihttp://khairuummah77.wordpress.com/kenali-kami/ , boleh juga sebar-sebarkan kepada kenalan dan orang ramai semoga usaha tuan dalam menegakkan agama Allah dibalas dengan sebanyak2nya oleh Allah swt wallahua'lam

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr