Kelebihan Ayat-ayat Al-Quran Al-Karim



1. Surah al-Kahfi

Sabda Rasulullah SAW artinya: "Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada harinya nescaya diberi akan dia nur daripada tempat membaca akan dia hingga ke negeri Mekah dan diampuni baginya dosa daripada 1 Jumaat yang lain dan dilebih daripadanya 3 hari dan mengucap selawat yakni meminta ampun baginya oleh 70,000 malaikat hingga waktu subuh dan disembuhkan akan dia daripada segala penyakit dan daripada penyakit luka yang didalam perut atau penyakit yang sangat panas di dalam perut atau di dalam hati dan disembuhkan daripada penyakit yang di dalam lambung dan daripada penyakit sopak dan dilepaskan daripada fitnah ad-dajjal dan barangsiapa tiada hafaz akan segala surah yang tersebut itu maka hendaklah membanyakkan membaca Surah Al-Ikhlas kerana kelebihannya membaca Surah Al-Ikhlas itu iaitu amat besar seperti yang tersebut di dalam Hadith Nabi Muhammad SAW:
Artinya: "Barangsiapa membaca Qulhu Allahu Ahad 50 kali nescaya diangkatkan baginya 50,000 darjat dan dihilangkan daripadanya 50,000 kejahatan dan disuratkan baginya 50,000 kebajikan dan barangsiapa melebihi daripada demikian itu nescaya dilebihi oleh Allah akan pahalanya" dan lagi Hadith sabda Nabi Muhammad SAW:
Artinya: "Barangsiapa membaca Qulhu Allahu Ahad 100 kali di dalam solat atau lainnya nescaya disuratkan oleh Allah SWT baginya lepas daripada api neraka.
2. Surah Yasin
Sabda Nabi Muhammad SAW:
Artinya: "Barangsiapa membaca Yasin nescaya diampuni baginya dosanya dan barangsiapa membaca akan dia pada hal ia lapar nescaya kenyang ia dan barangsiapa membaca akan dia pada hal sesat nescaya dapat ia petunjuk dan barangsiapa akan dia pada hal ada baginya suatu yang hilang nescaya dapat akan dia dan barangsiapa membaca akan dia pada makanan yang ditakut akan kurangnya nescaya memadai ia dan barangsiapa membaca akan dia pada orang yang hendak mati nescaya dimudahkan atasnya dan barangsiapa membaca akan dia pada orang perempuan yang susah atasnya beranak nescaya dimudahkan atasnya beranak dan barangsiapa membaca akan dia maka seolah-olah membaca Al-Quran 11 kali dan bagi tiap-tiap sesuatu itu hati dan hati Al-Quran itu Yasin."
3. Ad-Dukhan
Bermula kelebihan membaca Surah Ad-Dukhan itu amat banyak seperti sabda Nabi Muhammad SAW:
Artinya: "Barangsiapa membaca Haa Miim ad-dukhan pada malam maka pada pagi-pagi hari meminta ampun baginya oleh 70,000 malaikat" dan lagi sabda Nabi Muhammad SAW

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr