Gaharu - Bisnes

Nampaknya usahawan gaharu semakin bercambah. Pepatah Melayu "Sudah gaharu cendana pula" mempunyai makna yang agak berbeza kini - sesudah berjaya bisnes gaharu ceburi cendana atau bisnes lain pula. Selain dari haruman minyak wangi yang dihasilkan oleh gaharu, daunnya juga boleh dibuat minuman teh. Iaitu pada peringkat awal penanaman pokok gaharu, daunnya diproses menjadi teh gaharu.

Peringkat pematangan gaharu memakan masa sehingga 6 tahun - kulit kayunya diproses menjadi minyak wangi. Ianya dipanggil teras atau "core". Proses memasak teras tersebut memakan masa sehingga 2 hari 2 malam. Syarikat yang menawarkan projek penanaman gaharu tersebut ialah Jiwa Realiti Sdn Bhd dengan bantuan Koperasi Ukhwah yang boleh memberikan modal untuk projek penanaman pokok gaharu di Pahang Darul Makmur.

Mengikut maksud hadith Rasulullah SAW, "9 dari 10 punca kekayaan/rezeki ialah dari bidang perniagaan." Nama gaharu dalam bahasa Inggeris ialah agarwood.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr