Srmoga Mendapat Haji yang Mabrur 1432H (2011)

Didoakan semoga isteriku tercinta Hajjah Noorhayati bt Hj Mohd Yasin dan anakanda Hajjah Munirah bt Hj Mazlan mendapat haji yang mabrur pada musim haji tahun 1432H (2011) ini. Doakanlah semoga kami sekeluarga dapat mengikuti jejak umat Islam untuk menunaikan ibadat haji pada tahun depan, insya Allah.

Sesungguhnya ibadah haji adalah kemuncak ibadat seorang insan kepada Ilahi. Persiapan yang utama ialah mendalami segala aspek ilmu berkaitan dengan ibadat haji serta aspek keislaman, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Ibadah haji memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari aspek kewangan, tenaga dan masa tetapi juga keikhlasan dalam melaksanakan ibadat kepada Allah SWT. Sepanjang ibadat haji seorang Muslim/Mukmin perlulah sentiasa mendirikan solat-solat sunat, membaca dan memahami ayat-ayat suci al-Quran, berzikir, muhasabah diri, bersedekah, bermunajat kepada Allah SWT, bersalawat kepada Nabi Muhammag SAW, dan ibadat-ibadat lain dalam mencari keredhaan Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr