Berdoa kepada Allah agar dipelihara daripada sifat riya’. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar kita sebuah doa yang amat baik: Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau daripada menyekutukan Engkau padahal aku mengetahui dan aku memohon keampunan Engkau (daripada menyekutukan Engkau dengan sesuatu) yang tidak aku ketahui. Doa di atas mengajar kita berlindung daripada menyekutukan Allah. Riya’ ialah salah satu bentuk penyekutuan terhadap Allah (syirik) berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berikut ini: “Mahukah aku khabarkan kepada kalian dengan sesuatu yang lebih aku bimbangi ke atas kalian daripada al-Masih al-Dajjal?” Perawi berkata: Kami berkata: “Sudah tentu!” Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “(Ia adalah) syirik yang tersembunyi, yakni seseorang yang bersolat lalu dia memperkemaskan solatnya kerana mendapati ada orang yang memandangnya.” Segera mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala apabila tiba-tiba terlintas sifat riya’ dalam diri yang asalnya ikhlas kerana ia adalah bisikan syaitan: Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). [Quran, al-A’raaf 7:201].

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr