Memperoleh taqwa tidak semudah yang dilafazkan melalui bibir semata-mata. Pesanan takwa yang sering diulang-ulang dalam ayat-ayat al-Quran, hadis, serta mimbar-mimbar Jumaat begitu penting untuk kejayaan umat Islam sebagai penanda aras kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hanya orang yang mempunyai mata hati yang betul-betul berfungsi dengan taufik dan hidayah sahaja akan berusaha memperoleh takwa. Mengerjakan ibadah haji merupakan kesempatan terbaik untuk bertaubat dan meminta keampunan Allah. Malah ibadah haji itu sendiri jika dilaksanakan dengan sempurna, tidak dicampuri dengan perbuatan-perbuatan keji, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya sehingga ia suci bersih seolah-olah baru lahir ke dunia ini. Rasulullah bersabda: Sesiapa yang melakukan ibadah haji ke Baitullah dengan tidak mengucapkan perkataan keji, tidak berbuat fasik, dia akan kembali ke negerinya dengan fitrah jiwanya yang suci ibarat bayi baru lahir daripada perut ibunya. (Bukhari Muslim).

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr