Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Zat yang Maha Tinggi, wahai Zat yang Maha Agung, wahai Zat yang Maha Penyantun, wahai Zat yang Maha Mengetahui, Engkaulah Tuhanku & liputan pengetahuanMu itu cukup bagiku, oleh itu sebaik-baik tuhan adalah Tuhanku, & sebaik-baik kecukupan adalah kecukupanku, Engkau menolong sesiapa yg Enngkau kehendaki & hanya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Pengasih. Kami memohon kpd Engkau pemeliharaan di dlm setiap gerak-geri & diam kami, setiap lontaran kalimat, kehendak & lintasan2 (hati) kami drpd sebarang keraguan & sangkaan serta perasaan yg menutup kalbu dari menyaksikan rahsia2 ghaibMu. {Maka benar2 diuji orang2 mukmin itu & perasaan mereka digoncang dengan goncangan yg hebat. Dan ingatlah ketika orang2 munafik & orang2 yg di dalam hati mereka ada penyakit berkata: "Tiada dijanjikan kita ini oleh Allah & RasulNya melainkan tipuan belaka."} Quran 33: 11~12. Maka tetapkanlah pendirian kami & tolonglah kami serta tundukkanlah bagi kami laut ini seperti yg Engkau telah tundukkan laut (Laut Merah) bagi Nabi Musa, Engkau tundukkan api bagi Nabi Ibrahim, Engkau tundukkan gunung-ganang & besi bagi Nabi Daud & Engkau tundukkan angin, syaitan2 & jin bagi Nabi Sulaiman. Dan tundukkanlah bagi kami semua lautan milikMu di bumi ini & di langit, di alam mulk & alam malakut serta lautan dunia & lautan akhirat. Dan tundukkanlah setiap sesuatu bagi kami, wahai Zat yg di tanganNya kerajaan segala-galanya. Kaf ha yaa 'ain shad (hanya Allah SWT yg Maha Mengetahui maksudnya). Tolonglah kami (ya Allah SWT) kerana hanya Engkaulah sebaik-baik Penolong. Bukakanlah pintu kemenangan bagi kami kerana hanya Engkaulah sebaik-baik Pembuka kemenangan itu. Ampunkanlah bagi kami kerana hanya Engkaulah sebaik-baik Pengampun. Belas kasihanilah kami kerana hanya Engkaulah sebaik-baik Pengasih. - Hizbul Bahr, Imam Abu Hassan Asy-Syadhili.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr