Allah Taala menawarkan kemenangan di dalam firman-Nya dalam Quran, Surah al-Saff ayat 10-12: "Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?" "Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." "(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman (syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang sama ada dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang besar." Berdasarkan ayat di atas, kemenangan di akhirat itu meliputi empat perkara: 1. Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat. 2. Mendapat keampunan dari Allah Taala di atas segala dosa yang telah dilakukan. 3. Dimasukkah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai yang mengalir. 4. Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di syurga yang bernama 'Adn.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr