Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2) Who has created death and life that He may test you which of you is best in deed. And He is the Almighty, the Oft-Forgiving. - Glorious Quran, al-Mulk: 2. Antara tujuan Allah SWT menguji manusia dengan masalah ialah untuk mendekatkan diri mereka kepada-Nya. Ini adalah kerana, sekiranya manusia itu mempunyai sifat kehambaan, tentulah dia akan bergantung sepenuhnya pengharapan kepada Allah SWT. Oleh kerana itu, setiap kali kita ditimpa ujian dalam apa jua bentuk sekalipun, maka pulanglah kepada Allah SWT dengan mengangkat tangan berdoa serta memohon kepada-Nya. Allah SWT sebenarnya terlalu dekat dengan kita. Dia tidak akan mensia-siakan setiap permohonan dan doa yang dipersembahkan oleh hamba- hamba- Nya. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. (al-Baqarah: 186).

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr