Tafsir Al-Munir Juz 27, Surah az-Zariyat (51), Dr Wahbah al-Zuhaily, PUM, 2002. Dalam bencana & azab Allah SWT terhadap kaum Nabi Lut AS itu kerana kekufuran & perlakuan liwat (gay/LGBT) mereka, terdapat pengajaran & teladan bagi orang2 yang hidup pada zaman itu & selepas mereka (termasuk zaman kini). Namun hanya mereka yang takut (taqwa) kepada Allah SWT & seksaanNya sahajalah yang akan mengambil faedah dari pengajaran & peringatan tersebut. Oleh itu jelaslah bahawa orang yang mengambil faedah adalah orang yang takut (taqwa). Allah SWT telah mengungkapkan hal ini dalam ayat lain yang lebih memberi pengajaran seperti firman Allah SWT: "Dan sesungguhnya telah Kami tinggalkan sebahagian daripada kesan bala tersebut sebagai (batu) tanda yang nyata bagi orang2 yang berakal" (al-Ankabut 29: 35). "And indeed We have left thereof an evident ayat (a lesson & a warning & a sign - the place where the Dead Sea is now in Palestine - Tafsir Ibn Kathir) for a folk who understand." - Glorious Quran 29: 35. Ayat ini menyifatkan tanda itu sebagai jelas. Manakala firman Allah SWT; "minhaa" (daripadanya) bukan "fiihaa" (padanya) memberi maksud sebahagian sahaja dari tanda2 itu. Seolah-olah Allah SWT berfirman bahawa dari sebahagian kesan yang ada boleh menjadi pengajaran. Kemudian menyebutkan bahawa yang mengambil faedah adalah orang yang berakal, manakala orang yang berakal itu lebih umum dari orang yang (sekadar) takut. Justeru itu ayat dalam surah al-Ankabut lebih jelas impaknya (kesannya) untuk menakutkan suatu kaum di satu pihak & menggembirakan hati satu kaum di pihak yang lain. Ini dikuatkan dengan firman Allah SWT: "Sesungguhnya Kami akan menyelamatkan kamu & keluargamu" (al-Ankabut 29: 33) tanpa memberi penerangan yang lengkap tentang keselamatan orang Muslim & orang Mukmin dengan keluarga mereka. Allah SWT berfirman di sini: "Lalu Kami keluarkan orang2 yang beriman yang berada di negeri kaum Lut itu. Dan Kami tidal mendapati di negeri itu, kecuali sebuah rumah sahaja dari orang2 yang berserah diri. Dan Kami tinggalkan padanya (negeri itu) suatu tanda bagi orang2 yang takut kepada azab yang pedih" (az-Zariyat 51: 35-37). "So We brought out from therein the believers. But We found not there any household of the Muslims except one (of Lut AS & his 2 daughters - Tafsir Ibn Kathir). And We have left there a sign (i.e. the place of the Dead Sea in Palestine - Tafsir Ibn Kathir) for those who fear the painful torment." - Glorious Quran 51: 35-37. Ibnu Umar RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda, "Jika Allah SWT menurunkan azab, maka azab itu akan mengenai siapa yang berada di tengah-tengah mereka, lantas mereka dihisab sesuai amalan mereka." - Sahih Al-Bukhari.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr