Sabda Nabi Muhammad SAW: Seseorang telah melakukan dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah SWT berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya. Dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian selepas itu dia kembali melakukan dosa yang lain, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa, maka Engkau ampunilah dosaku. Lalu Allah SWT berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya. Dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Selepas itu, dia melakukan dosa sekali lagi, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku, aku telah melakukan dosa, maka ampunilah dosaku. Lalu Allah SWT berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka Aku ampunkan hamba-Ku ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr