Aku bertanya, apakah amalan Subky Latif sehingga kerinduan Subky kepada Rasulullah SAW sehingga Baginda SAW boleh berkunjung tiba dalam mimpi Subky? Beliau berfikir sejenak, lalu berkata bahawa beliau sekarang sedang menulis Sirah Nabi Muhammad SAW. Aku mengangguk. Mungkin penulisan beliau itulah yang menyebabkan beliau boleh bermimpi; berjumpa dengan Nabi SAW. Aku berkata kepada beliau, agar sentiasa berdoa untuk kebaikanku; agar istiqamah dalam perjuangan Islam; istiqamah dalam perjuangan mendaulatkan Islam; tidak putus asa menyatakan kebenaran.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr