Anak Kunci Syurga: Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah solat”. Kata ulama “Solat adalah anak kunci yang mempunyai lima bilah (gigi)” iaitu lima waktu solat fardhu. Oeh itu cukupkan bilangan solat dan gantilah mana-mana solat yang telah ditinggalkan kerana ia adalah amalan pertama diperiksa. Selain itu sempurnakanlah pahala solat dan ingatkah kepada Allah SWT dalam solat. Amalan Pertama Diperiksa: Rasulullah s.a.w bersabda “Sesungguhnya yang pertama kali dihisab bagi seseorang hamba pada hari kiamat dari amal-amalnya ialah solatnya, jikalau solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jikalau amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung… – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi. Ganti Sembahyang Yang Tertinggal atau Sengaja Ditinggalkan: Dari Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu , Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: Maksudnya : Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solahnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solat yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman: ”Dirikanlah solah untuk mengingati Aku”. (Hadith riwayat Muslim). Sempurnakan Sembahyang dan Ingatan Pada Allah Agar Diterima Pahalanya: Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak terima solah (pahalanya) seseorang lelaki yang melabuhkan kain (bawahan)nya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sembahlah Allah s.w.t seolah-olah engkau melihat-Nya. Kalau engkau tidak boleh, (ingatlah) Allah s.w.t melihat engkau." (Riwayat Abu Na’im daripada Zaid bin Arqam). Sembahyang Menaikkan Taraf Mukmin Hingga Ke Taraf Ahli Syurga: Dalam sebuah hadith ada disebut “Solat itu Mikraj orang Mukmin”. Orang mukmin ialah orang Islam yang patuh dan Mikraj pula bermaksud naik. Orang mukmin dinaikkan taraf atau status atau makamnya melalui ibadat solat. Solat boleh meningkatkan kedudukan rohani seorang Islam disisi Allah serta memasukkannya ke syurga yang berada di atas Sidratul Muntaha. Rasulullah s.a.w, menerima kontrak sembahyang semasa Baginda Mikraj (naik) ke satu tempat di atas langit. Sabda Nabi s.a.w “Semua ibadat difardhukan di bumi melainkan solat, dan ia difardhukan di langit antara dua qudratnya”. Pada malam itu Baginda telah naik ke 17 tempat (bilangan rakaat solat sehari semalam juga 17). Angka 8 pula terhasil dari 1+7 dan bilangan rakaat sembahyang pula ialah 17 rakaat.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr