"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". Quran, surah Luqman 31: 19. Ibubapa perlu memberi contoh komunikasi berkesan. Cara berinteraksi dengan anak perlu sopan, tertib dan tidak menengking. Saidina Ali RA berpesan, jika percakapan datang dari hati yang ikhlas ia akan sampai ke dalam hati, tetapi jika percakapan datang dari lidah maka ia akan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tiada kesan positif. Sebelum menyuruh anak-anak rajin solat dan baca Al Quran, ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik. Mungkin kita terlalu sibuk, tetapi dengan kemudahan teknologi maklumat, terlalu banyak kemudahan yang Allah sediakan untuk kita menggunakannya. Berikut adalah ayat Al Quran yang boleh dijadikan amalan harian agar hati anak lapang dan mudah belajar; Surah Yassin ayat 72 hingga 83; Surah Ar Rahman ayat 21 hingga 60. Anak harus dibimbing untuk amalkan ayat tersebut setiap hari dan masa terluang. Paling penting, iringi bacaan dengan doa kepada Allah supaya dikurniakan hati dan minda lebih fokus kepada pelajaran. InsyaAllah, Allah sentiasa mendengar dan memerhati setiap usaha dan doa hambaNya yang tekun berusaha. Jangan berdoa tanpa usaha.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr