Proses beli rumah second-hand Ni saya cerita sikit tentang panduan proses atau prosedur membeli rumah second hand, dan juga sikit tips membeli rumah subsale: 1. Hubungi penjual/ejen dan tanya harga. Cari rumah yang nak dibeli. Sebelum tengok rumah, tawar harga semurah mungkin. 2. Pergi tengok rumah. Tanya banyak soalan. Dan cek semua bende. Yg penting, tengok kalau ada problem besar yg mungkin perlukan major repair macam bumbung bocor, piping problem, tekanan air rendah, wiring dalam dinding, dll. terutamanya rumah yang dah lebih 10 tahun. Borak dengan jiran dan pekedai kawasan sekeliling, takut2 ada problem yang kita tak tau macam selalu banjir, bekalan elektrik tak elok, gangguan orang minyak, dsb. 3. Minta extra diskaun. Sebutkan semua kekurangan yang ada pada rumah pada penjual/ejen (walaupun remeh macam cat tak kemas, sinki tak lawa). Tujuannya untuk mintak diskaun tambahan hehe. Penjual pun pressure nak jual, so jangan segan nak tawar. 4. Bayar deposit 3%. Sediakan duit 3% dari harga rumah. Hati-hati sebab ada jugak ejen/penjual rumah penipu. Kalau dah ada lawyer, lebih baik bayar melalui lawyer. Kalau bayar direct, elakkan bayar cash. Gunakan cek. Kalau takde buku cek, buat bank draf, senang je. Minta resit sebagai bukti bayaran. 5. Cari lawyer. Cakap untuk tujuan beli rumah. Tanya lawyer tu banyak case tak dia handle sekarang, takut dia sibuk. Warning dia awal2 yang urusan ni mesti diselesaikan cepat2. Lawyer akan drafkan perjanjian jual-beli (sale & purchase agreement). 6. Apply loan. Apply la loan di beberapa bank. Sebabnya, kadar pinjaman ni berubah2 setiap bulan. Bulan ni Bank A murah, bulan depan Bank B pulak murah. Kadang2 bank sama tapi cawangan lain pun beza2 rate loan. Ni boleh jadi kalau cawangan bank tu tak cukup lagi kuota keluarkan loan bulan tu. Kadang2 kita boleh tawar menawar rate pinjaman tu, contohnya kalau kita: dpt better offer dari bank lain, ada rekod ccris cantik, beli rumah yang mahal, ada byk duit dalam fixed deposit, dll. Kalau tak lepas, cuba apply loan dari mbsb atau syarikat insurans. 7. Sign S&P Agreement. Bila loan approve, penjual akan sign s&p yang lawyer dah sediakan. 8. Bayar baki 7%. Bayar baki 7% dari harga rumah, melalui lawyer. 9. Lawyer buat kerja Ni proses paling lama, mungkin 2 bulan, mungkin setahun. So rajin-rajinlah follow up. Call lah sekali seminggu tanye status terbaru. Lawyer ni selalunya buat keje ikut siapa yang push dia. Tak push, memang slow. Bayar lawyer lepas keje dia dah siap sepenuhnya. Kalau bayar awal, dia dah takde insentif untuk selesaikan cepat. 10. Dapat rumah! Bila semua urusan lawyer settle, bank kita akan release duit pinjaman kepada penjual. Rumah jadi hakmilik kita dan penjual akan bagi kunci rumah. Jangan lupa tukarkan air, letrik tnb dan indah water jadi atas nama kita. Soalan? Untuk unit subsale yang saya beli minggu ni tu, saya baru bayar booking 3% je setakat ni. Harap-harap semua nya berjalan lancar. Yela, beli rumah ni ambik masa 3-4 bulan jugak. Macam-macam boleh jadi. Hm, kalau sesiapa ada soalan tentang beli rumah second hand, tulis lah kat sini. Saya try jawab. Atau orang lain boleh bagi jawapan jugak.

Comments

Popular posts from this blog

Khasiat Fadhilat (Isnad) Doa Haikal - Majmu' Syarif

Remembrance - Zikr